ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Oktober 2024.


1. 10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza

Sebanyak 10 daripada 100 kontena yang mengandungi pelbagai sumbangan bantuan daripada rakyat Malaysia berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza dalam tempoh sebulan ini.



2. Tentera Israel rampas ibu pejabat UNRWA di Baitulmuqaddis

Tentera Israel telah mengumumkan perampasan tanah ibu pejabat utama Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat di kawasan Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur yang diduduki untuk membina 1,440 unit perumahan.


3. Lubnan berdepan krisis kemanusiaan 'tidak tergambarkan' - Doctors Without Borders

Lubnan sedang berdepan krisis kemanusiaan yang "sangat dahsyat dan sukar digambarkan" apabila Israel terus melancarkan serangan udara dan darat, menurut Doctors Without Borders (MSF) di Lubnan.


4. Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar

Malaysia akan berunding dengan Myanmar dalam usaha menyelesaikan pergolakan berterusan di sana selepas negara diperintah junta itu memberi isyarat membuka pintu rundingan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


5. Presiden UNGA kecam serangan Israel terhadap pengaman PBB di Lubnan

Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philemon Yang, pada Khamis mengecam serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman.


6. Indonesia tidak benarkan iPhone 16 kerana Apple tidak ikut peraturan tempatan

Kerajaan Indonesia kini mengesahkan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 16, tidak dibenarkan penjualan di negara tersebut.


7. Seorang maut, 12 terperangkap di lombong emas di Colorado

Seorang maut, manakala 12 lagi terperangkap dalam sebuah lombong emas di Colorado pada Khamis.


8. ASEAN, China setuju selesaikan konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik - PM Anwar

ASEAN dan China bersetuju untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan, yang sekian lama menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara, melalui jalur diplomatik.


9. Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali

Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol kerana jenayah kewangan berskala besar pada 1 Okt ketika dia cuba meninggalkan pulau percutian itu.


10. Malaysia galas tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025

Malaysia, hari ini mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos dalam upacara simbolik oleh Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.