ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Oktober 2024.


1. Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia

Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.



2. China zahir kebimbangan terhadap dasar sekatan AS

Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.


3. Ditikam tolak lamaran kahwin, aktres Tamil lega pengarah kena penjara

Selepas empat tahun trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang banyak terbabit dengan naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra boleh menarik nafas lega.


4. Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan

Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.


5. Blinken hadir Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Laos

Blinken akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN di ibu kota Laos, Vientiane.


6. ASEAN perlu kekal bersatu, elak perpecahan di tengah ketegangan global - PM Anwar

Malaysia mengingatkan negara anggota ASEAN untuk menolak sebarang tawaran yang berpotensi menyebabkan perpecahan.


7. Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 buka tirai

Acara bermula dengan PM Laos dan isteri sambut kedatangan ketua-ketua negara ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC).


8. Penduduk Florida siap sedia hadapi Taufan Milton

Pusat Taufan Kebangsaan menjangkakan kelajuan angin Milton akan mencapai sehingga 270 kilometer sejam sebelum ia mendarat.


9. Anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 69 tahun

Dr Lee Wei Ling menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit progressive supranuclear palsy (PSP).


10. Turkiye mulakan operasi bawa keluar rakyat dari Lubnan

Dua kapal tentera laut Turkiye dijadualkan bertolak ke Beirut pada Selasa sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan.