ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Oktober 2024.


1. Setahun genosid: Malaysia seru komuniti antarabangsa bersatu

Malaysia mengulangi sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.



2. Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan hukuman mati oleh Pathmanabhan dan T. Thilaiyalagan, manakala R. Kathavarayan menarik balik permohonan semakannya.


3. ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global

ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang dalam usaha mengekalkan KDNK.


4. Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Malaysia ke 4.9 peratus

Kedua-dua faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan enam bulan lalu.


5. Fattah-Fazura bakal lancar rakaman awal lagu duet ‘Bertahan Demi Cinta’

Baru sahaja bercerai, bekas pasangan selebriti sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan lagu duet baharu berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.


6. Anwar di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia

Perkara itu dikeluarkan The Muslim 500 edisi 2025, diterbitkan sebuah pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt.


7. Kerajaan guna pakai keupayaan GLIC sedia kembangkan ekonomi - Amir Hamzah

Kerajaan akan mengguna pakai kepakaran dan keupayaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memangkin pertumbuhan ekonomi negara di bawah visi Ekonomi MADANI.


8. Waspada, Malaysia dijangka berdepan Monsun Timur Laut lebih awal - TPM Zahid

Malaysia mungkin dijangka berdepan dengan Monsun Timur Laut (MTL) lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini, berbanding ramalan awal susulan perubahan cuaca.


9. Malaysia berada di titik penentu, maju ke hadapan atau ketinggalan di belakang - PM Anwar

Malaysia berada di titik penentu yang kritikal, sama ada maju hadapan menuju ke arah keterjaminan dan kemakmuran pada masa depan atau ketinggalan di belakang terdedah kepada proses "kebinasaan", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Sindiket visa perubatan: EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyita 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket visa perubatan yang melibatkan pegawai Jabatan Imigresen (JIM).