1. Pakar PBB seru tindakan selepas setahun konflik Israel-Hamas
Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyeru tindakan segera untuk menamatkan kitaran keganasan dan mendesak akauntabiliti selepas setahun konflik Israel-Hamas.
2. Setahun Gaza berdarah, kumpulan pro-Palestin protes di Buenos Aires, Lima
Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza.
3. Google diarah buka Play Store kepada pihak ketiga selepas kalah kepada Epic Games
Kes saman Epic Games berakhir dengan hakim di California mengarahkan Google untuk membuka Play Store kepada pihak ketiga selama tiga tahun.
4. Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, sidang berkaitan di Vientiane
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan bermula hari ini hingga 11 Okt di Vientiane, Laos.
5. Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
esyuarat Menteri-menteri Luar Negeri Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) (AMM) dimulakan di ibu negara Laos hari ini, menjelang Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan yang akan berlangsung pada Rabu (9 Okt) di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC).
6. 200 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Amazonas
Kira-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil.
7. 250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
8. Anak lelaki Osama Laden diusir dari Perancis
Anak kepada pengasas Al Qaeda, Osama bin Laden iaitu Omar dilapor telah diusir dari Perancis.
9. Keputusan awal: Presiden Tunisia Kais Saied dipilih semula
Keputusan awal menunjukkan Presiden Tunisia, Kais Saied dipilih semula untuk penggal kedua selepas meraih 90.69 peratus undi dalam pilihan raya presiden pada Ahad, menurut Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Bebas Tunisia (ISIE).
10. Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Januari 2025.