ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Oktober 2024.

1. Malaysia suara hasrat teruskan perbincangan FTA dengan Kesatuan Eropah - Anwar

Malaysia menyatakan hasrat kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi meneruskan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-EU.

2. ASEAN perkukuh kerjasama digital dengan Korea Selatan, Jepun

ASEAN terus komited meningkatkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang transformasi digital, selain sumber manusia dan rantaian bekalan.

3. ASEAN gesa kekalkan keamanan di Laut China Selatan, segera muktamadkan CoC - PM Anwar

ASEAN menggesa semua pihak untuk menyatakan komitmen mengenai kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, demikian gesaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. Gaza 'berubah sepenuhnya', keganasan di Asia Barat tiada tanda berakhir

Semenanjung Gaza digambarkan sebagai "tidak lagi dapat dikenal pasti" dengan tiada penghujung kepada keganasan yang melanda Asia Barat.

5. OpenAI rancang buka pejabat baharu di Singapura, kukuhkan pengaruh di Asia-Pasifik

OpenAI mengumumkan rancangan untuk membuka sebuah pejabat di Singapura tahun ini dan telah mula menubuhkan pasukan di negara itu.

6. PM Anwar gesa beri lebih ruang kepada Ahli Parlimen ASEAN suara pandangan - Johari

Perdana Menteri Anwar meminta Institusi Parlimen negara-negara ASEAN memberi ruang yang lebih luas kepada ahlinya untuk meluahkan pandangan.

7. Harris dahului Trump 2 peratus, kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden - Tinjauan

Empat peratus responden memberitahu penyelidik bahawa mereka masih belum pasti mengenai calon pilihan mereka.

8. 5 anggota Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan terbunuh dalam serangan Israel

Ketika serangan berlaku, kesemua mangsa sedang menerima panggilan kecemasan di Pusat Pertahanan Awam di bandar Dardghaya.

9. Juruterbang Turkish Airlines meninggal dunia semasa bertugas di udara

Pehlivan tidak sedarkan diri selepas penerbangan berlepas dari Seattle pada Selasa malam dan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di New York.
 
10. Taikun India, Ratan Tata meninggal dunia pada usia 86 tahun

Ratan Tata merupakan antara pemimpin perniagaan India yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.