ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Oktober 2024.


1. Editor Video Astro AWANI meninggal dunia kemalangan

Pemergian Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar disifatkan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail sebagai kehilangan besar buat keluarga Astro AWANI.



2. Polis tahan guru penolong kanan, disyaki cabul pelajar 12 tahun

Guru berumur 37 tahun dan masih bujang itu ditahan pada Jumaat, susulan laporan yang dibuat ibu mangsa kira-kira jam 3 petang, hari yang sama.


3. Lelaki ada kaitan dengan GISB didakwa lakukan amang seksual kanak-kanak

Tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian kemaluan mangsa.


4. Agong, Raja Permaisuri diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman di sini hari ini, bersempena dengan lawatan negara Seri Paduka Baginda berdua ke Brunei selama tiga hari bermula semalam.


5. Ahli GISB tidak lagi amalkan Aurad Muhammadiyah - Anak Asaari

Ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd tidak lagi mengikuti Aurad Muhammadiyah atau amalan dalam Al-Arqam yang diisytiharkan sesat sebelum ini.


6. Melaka fatwa GISB sesat, serpihan al-Arqam

Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan ajaran dan kepercayaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd adalah sesat, sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang telah diwartakan pada tahun 1994.


7. Skandal pasir: Dua lagi 'safe house' digeledah, lebih RM300,000 ditemui - SPRM

Dua lagi tempat yang dipercayai dijadikan 'safe house' oleh seorang ahli politik ternama digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad malam.


8. Malaysia antara negara catat peningkatan terbesar dalam pengaruh diplomatik - Indeks Kuasa Asia

Malaysia merupakan satu daripada dua negara yang menyaksikan peningkatan pengaruh diplomatik terbesar, menurut Laporan Penemuan Utama Lowy Institute 2024.


9. Grace cipta rekod baru MBOR berlari atas sawat injak

Pelari ultra-daya tahan Grace Lim Swee Ching telah berjaya masuk ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk larian tanpa henti paling lama di atas sawat injak oleh seorang wanita.


10. Semua pihak perlu siap siaga sepanjang rantaian makanan - Dr Dzulkefly

Semua pihak perlu bersama-sama memfokuskan kepada kesiapsiagaan di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi perkara luar jangka yang boleh menjejaskan keselamatan makanan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.