ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.


1. Tidak kira siapa presiden, AS terus komited perkukuh hubungan dengan lndo-Pasifik - Blinken

Amerika Syarikat (AS) akan terus menjalin hubungan yang erat dengan rantau Indo-Pasifik waima siapa pun yang akan dipilih ke jawatan Presiden negara itu dan memimpin White House di masa akan datang.



2. Penderitaan di Palestin: Nicaragua putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

Nicaragua pada Jumaat mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap apa yang disebut oleh kerajaan Nicaragua sebagai "genosid kejam" yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Xinhua.


3. AS komited cegah penularan konflik Asia Barat - Blinken

Amerika Syarikat (AS) menyatakan komitmen untuk terus berusaha mencegah penularan konflik seperti apa yang berlaku di rantau Asia Barat ketika ini, kata Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken.


4. 104 negara anggota PBB, Kesatuan Afrika kecam pengisytiharan Israel terhadap Guterres

Gabungan 104 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama Kesatuan Afrika pada Jumaat mengecam keputusan Israel untuk mengisytiharkan Setiausaha Agung Antonio Guterres sebagai "persona non grata."


5. Wabak mpox landa 15 negara Afrika - WHO

Sebanyak 15 negara di rantau Afrika telah terjejas oleh wabak mpox sejak 2024, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Xinhua.


6. Ribuan penduduk terperangkap di utara Semenanjung Gaza akibat serangan Israel

Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak enam hari lalu, kata Doctors Without Borders (MSF) pada Jumaat.


7. Pembunuhan, kemusnahan di Asia Barat mesti berakhir - PBB

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk berkata bahawa kini lebih daripada sebelumnya keberanian politik, kepimpinan dan belas kasihan amat diperlukan di Asia Barat, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).


8. AS terus komited majukan kerjasama di rantau Indo-Pasifik - Blinken

Amerika Syarikat menyatakan hasratnya untuk terus memainkan peranan aktif dalam memajukan kerjasama dalam pelbagai sektor di kawasan Indo-Pasifik, demi kepentingan bersama.


9. Noel Tata dilantik sebagai Pengerusi Tata Trusts India

Tata Trusts, cabang kedermawanan konglomerat Kumpulan Tata di India telah melantik Noel Tata, 67, sebagai pengerusi selepas kematian Ratan Tata.


10. Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa pelaksanaan fasa kedua vaksinasi polio akan bermula Isnin ini.