ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Oktober 2024.

1. PM Anwar tinjau persiapan Belanjawan 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan.


2. Serangan di Lubnan: Tiada kemalangan jiwa, kerosakan aset di bawah pasukan MALBATT

Pegawai anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan masih dalam keadaan terkawal.


3. Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut

JIM memandang serius penemuan hasil siasatan EAIC bahawa terdapat unsur kekerasan dan penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan.


4. Pendakwaan pertikai cuti sakit, Tun Daim masuk hospital

Pihak pendakwaaan mempersoalkan sijil cuti sakit dan ketidakhadiran Tun Daim Zainuddin ke mahkamah sejak bekas Menteri Kewangan itu didakwa atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta.


5. SPRM siasat 20 projek MBI Selangor, bekas COO direman seminggu

SPRM turut menyiasat lima syarikat dikatakan mempunyai saham membabitkan beberapa individu termasuk ahli politik terkait dengan kes itu.


6. Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga

RUU tersebut diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen selepas ia dibahaskan oleh 70 wakil rakyat.


7. Belanjawan 2025 pacu pertumbuhan ekonomi, beri keadilan rakyat terbanyak - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak.


8. Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK

Pimpinan kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoal tindakan beberapa pemimpin UMNO, yang seolah-olah ingin terus berbalah dan tidak berminat untuk mendukung aspirasi Kerajaan Perpaduan.


9. Majlis Fatwa Negeri Sabah putuskan GISB bercanggah, menyeleweng

Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) dan syarikat gabungannya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


10. Pembiayaan tambahan RM2 bilion: Najib percaya BOD buat keputusan demi kepentingan SRC

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak mempertikai permohonan pinjaman tambahan RM2 bilion daripada SRC International Sdn Bhd kerana percaya bahawa Lembaga Pengarah (BOD) SRC akan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan syarikat.