Orang ramai dinasihatkan agar membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung pada musim perayaan ini kerana dikhuatiri jumlah nyamuk itu meningkat sekiranya tidak dibasmi dari awal.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebelum pulang berhari raya, sebaik-baiknya gotong-royong di peringkat komuniti dan persekitaran perumahan perlu diadakan selain pembersihan dalam rumah itu sendiri.
"Bila kembali dari kampung nanti tempat pembiakan nyamuk dah banyak, jadi mungkin akan meningkat kes denggi nanti," katanya pada mesyuarat denggi bersama pengamal media di sini pada Isnin.
Sementara itu Dr Noor Hisham berkata Kempen Perangi Denggi Habis-Habisan yang bermula minggu lepas dijangka akan mula menampakkan hasil dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi dalam bentuk penurunan kes denggi.
Beliau berkata setakat ini kesannya belum kelihatan, dan penglibatan orang ramai dalam kempen itu masih kurang.
"Bagaimanapun kami dah arahkan staf dari negeri-negeri yang kurang kes denggi untuk ke Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan mereka dah mula menjalankan tindakan bersama untuk membersihkan kawasan, mengaktifkan komuniti, tindakan gotong-royong dan aktiviti-aktiviti lain," katanya.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini terdapat 2,670 Projek Komunikasi Untuk Tingkah Laku (COMBI) berkenaan denggi yang melibatkan 53,800 sukarelawan di seluruh negara, dan ia lebih banyak terdapat di kawasan luar bandar.
Beliau berkata kurangnya aktiviti kerjasama dalam komuniti di bandar turut menyumbang kepada peningkatan kes denggi di kawasan itu.
Untuk sebarang aduan atau maklumat, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan di talian 03-8881 0200 setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang, atau di laman Facebook CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia, katanya.
Bernama
Mon Jul 21 2014
NOOR HISHAM: Penglibatan orang ramai dalam Kempen Perangi Denggi Habis-Habisan masih kurang. -Gambar fail
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.
Saya tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi media menutup ruangan komen di akaun media sosial.
Hang-seo sesuai ganti Pan-gon
Park Hang-seo dilihat sebagai calon tepat yang memiliki aura selain telah membuktikan kemampuan membawa bekas pasukannya ke tahap yang lebih baik.
Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much' - Speaker
"Saya duduk di sini bukan sebagai Johari Abdul tetapi sebagai Speaker," kata Speaker Dewan Rakyat.
"Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much'," katanya lagi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Bila 'you' hina pegawai kerajaan, 'that's too much'," katanya lagi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
'Bila duduk kerusi Speaker sana kena buka baju Politik' - YB Beluran
Ketika kemuka Peraturan Mesyuarat sebelum usul dibentang, YB Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee minta Speaker Dewan Rakyat nilai teliti.
"Tan Sri adalah Speaker yang adil. Apabila duduk sana Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri," katanya.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
"Tan Sri adalah Speaker yang adil. Apabila duduk sana Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri," katanya.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
Tercampak 3 meter ke dalam parit dipukul ribut
Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam parit sedalam tiga meter akibat dipukul ribut dalam kejadian di kawasan rekreasi Pantai Pulau Kekabu, di sini petang Rabu.
Menangi baucar beli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial untuk Lapangan Terbang Malaysia, Hani Ezra Hussin berkata, jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.