Kesemua jentera pentadbiran kerajaan, terutama sekali menteri dan timbalan menteri harus membantu menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat, kata bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Bekas ahli Parlimen Kota Tinggi, yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran hampir 20 tahun itu berkata, timbul persepsi kini bahawa semua perkara perlu bergantung kepada Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.
Ujarnya lagi, persepsi seperti itu merupakan sesuatu yang merbahaya, dan mampu mengganggu kejituan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan pemerintah.
“Saya fikir soal pokok dalam hal ini, soal bertindak sebagai satu pasukan. Apakah makna bertindak sebagai satu pasukan? Kalau ada kapten, ikut kata kata kapten, ikut arahan kapten, dan tentukan kita sama sama jelaskan dengan komitmen yang sama, pegangan yang sama, naratif yang sama terhadap isu sama.
“Jangan ada dua tiga versi dalam soal yang dibangkitkan sama ada oleh pembangkang atau rakyat. Perkara ini boleh jadi penentu pada kepercayaan orang ramai, akan hilang defisit kepercayaan terhadap PH seolah tak ada hala tuju,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Kerajaan gandakan usaha penuhi janji pilihan raya - Tun Mahathir
BACA: Syed Hamid Albar sertai Bersatu
Semalam Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, tidak mustahil kerajaan PH yang menguasai Putrajaya dan beberapa negeri lain akan tumbang jika pemimpinnya enggan menerima teguran.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, anggota kabinet perlu merapatkan jurang dengan penjawat awam bagi melancarkan usaha menyampai dan melaksanakan dasar kerajaan.
“Jadi menteri, timbalan, Perdana Menteri sendiri, perlu memberikan arahan yang jelas supaya mereka dapat melaksanakan aspirasi dan citarasa parti yang jadi pemerintah.
“Penjawat awam tahu tanggungjawab mereka untuk laksanakan apa juga keputusan dasar yang dibuat oleh kerajaan semasa. Jadi mereka nak laksanakan, tapi macam mana kalau tak ada petunjuk, arahan jelas, mereka tidak ada kepastian keputusan untuk mereka bertindak,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Feb 02 2019
Persepsi seperti itu merupakan sesuatu yang merbahaya, dan mampu mengganggu kejituan Pakatan Harapan sebagai kerajaan pemerintah, kata Tan Sri Syed Hamid Albar
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.