ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Jun 2024.


1. Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha

Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.



2. Separuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia sempurnakan Nafar Awwal

Sebanyak 50 peratus daripada 31,600 jemaah haji Malaysia selesai menyempurnakan Nafar Awwal iaitu melontar jamrah pada dua daripada tiga hari tasyrik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


3. Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika

Kehadiran hujan yang seringkali diterjemah sebagai rahmat itu bermula pada lebih kurang jam 4 petang di sekitar Mina, lokasi di mana ratusan ribu jemaah haji menunaikan ibadah melontar di Jamrah.


4. Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024

Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran.


5. PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.


6. Putin akan lawat Korea Utara, Vietnam - Kremlin

Presiden Rusia Vladimir Putin akan melakukan lawatan negara ke Korea Utara dari Selasa hingga Rabu, kata perkhidmatan akhbar Kremlin pada Isnin, lapor Xinhua.


7. Korea Selatan dakwa tentera Korea Utara lintasi sempadan

Berpuluh-puluh tentera Korea Utara melintasi garisan sempadan dengan Korea Selatan dalam kejadian kedua seumpama itu dalam tempoh kurang dua minggu, menurut Seoul pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


8. Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000

Jepun mencatatkan kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) melebihi 1,000 pada tahun 2024, lapor Xinhua yang memetik Institut Alergi Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID) pada Selasa.


9. Lapan pesakit ICU maut dalam kebakaran hospital

Lapan orang terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.


10. Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah

Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat telah meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah, menurut Suruhanjaya Perlindungan Awam Negara pada Isnin.