Hujan lebat lebih 12 jam mengakibatkan daerah Kuala Muda di Kedah dilanda banjir sejak Sabtu.
Air yang naik dengan pantas memaksa sesetengah penduduk di kawasan itu tidak sempat menyelamatkan harta benda selain keluar untuk menyelamatkan diri.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, 11 pusat pemindahan telah dibuka bermula jam 9 malam tadi.
Ia menempatkan 336 mangsa daripada 86 keluarga..
Pusat Pemindahan yang dibuka antaranya di Surau Kampung Sungai Bongkok yang menempatkan 60 orang mangsa, Pusat Pemindahan Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (8 mangsa), Pusat Pemindahan Dewan Steang Wam Kowang (23 mangsa) dan Pusat Pemindahan Surau Kampung Padang Tok Sora (72 mangsa).
Manakala Pusat Pemindahan Dewan Kampung Bukit Belah Batu 2 (18), Dewan Taman Bedong Jaya (80), Surau Taman Malinja, Semeling (20), Masjid Permatang Gedong, Sungai Petani (40), Dewan Kampung Sungai Pasir dan Dewan Kampung Lebai Ali, Bedong.
Sementara itu sebuah pusat pemindahan dibuka jam 6 pagi tadi di Dewan Kampung Segantang Garam yang menempatkan 15 mangsa.
Keseluruhan sehingga pukul 10 pagi tadi, 45 buah kampung di 12 mukim dan empat kawasan taman perumahan terjejas akibat banjir kilat.
Sementara itu jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di KM 93.3 (Sungai Petani ke Gurun dan Gurun ke Sungai Petani) di kedua-dua arah ditutup bermula jam 12.20 malam tadi.
Ini ekoran air sedalam 2.5 meter dari Sungai Bongkok telah melimpah ke lebuh raya.
Hujan lebat masih turun ketika ini dan banjir dijangka akan lebih buruk ekoran paras air Sungai Muda dan Sungai Sik semakin meningkat.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Nov 05 2017
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, 11 pusat pemindahan telah dibuka bermula jam 9 malam tadi. - Gambar fail
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.