Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diminta untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula hari ini setelah salah seorang wakil dalam mesyuarat Jawatankuasa Bekalan Makanan yang dipengerusikan beliau pada Selasa disahkan positif COVID-19.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, arahan kuarantin telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) kepada Awang Tengah sebagai langkah untuk mematuhi standard operasi (SOP) untuk menangani kes COVID-19.
Tambahnya, pada sidang media JPBN Sarawak hari ini di Wisma Bapa Malaysia, ia tidak bermakna Awang Tengah telah dijangkiti virus berkenaan.
“Belum kena, itu syarat sekiranya anda ada berada berdekatan atau ada bertemu secara kasual dalam sesuatu mesyuarat dan ada kes positif, kesemua yang berada dalam mesyuarat itu perlu melakukan kuarantin.
"Tujuannya untuk melihat keadaan (mereka) dalam masa 14 hari sama ada virus tersebut telah tersebar kerana mengikut pemerhatian, COVID-19 ini mudah merebak. Jadi anda perlu melakukan penjarakan sosial antara satu sama lain,” katanya.
Menerusi makluman Setiausaha Akhbar beliau di laman Facebook, keadaan Awang Tengah dilaporkan sihat.
Selain beliau, kesemua ahli mesyuarat juga dikehendaki melakukan kuarantin yang sama seperti diarah JKN Sarawak.
Dalam masa sama, usaha pengurusan bekalan makanan di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri itu akan diselia melalui capaian telefon bagi memastikan operasi dan pengurusan tersebut terkawal dan berjalan dengan lancar.
Astro Awani
Thu Apr 02 2020
![Awang Tengah diarah jalani kuarantin di rumah Awang Tengah diarah jalani kuarantin di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41585824272_Awangtengah.jpg)
Awang Tengah diminta untuk menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi standard operasi (SOP) untuk menangani COVID-19 setelah salah seorang wakil dalam mesyuarat yang dipengerusikan beliau disahkan positif virus berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718609988_tbASTROAWANIOFFICE.jpg)
Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut
Menurut Reuters Institute Digital News Report dan Oxford University, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan skor 64 peratus.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716182713_Ashwad.jpg)
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
![Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715239245_mejabulatjpg.jpg)
Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan
Astro AWANI melakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, yang menggariskan panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
![Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715226477_mejabulatjpg.jpg)
Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI
Astro AWANI sekali lagi ke hadapan sebagai platform perantara isu yang paling kerap didebatkan dalam masyarakat terutamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI).
![Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714977268_RoundtableAIAstr.jpg)
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.