KUALA TERENGGANU: Astro AWANI meraih tempat pertama hingga ke empat bagi kategori video terbaik media perdana pada Majlis Apresiasi Media Terengganu 2022 anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Laporan mengenai Kaedah e-fence: Alternatif atasi masalah hakisan, mendapan, Keindahan Laut: Penyelam skuba kutip sampah dasar laut dan Pelancongan: Tukun kapal terbang pertama cipta rekod MBOR membolot tempat pertama hingga ketiga.

Manakala laporan berita Persiapan penduduk hadapi banjir, mendapat tempat keempat.

Astro AWANI turut memenangi kategori berita terbaik media digital dengan laporan Kolam Air Panas La tarikan pelancongan Terengganu.

Pengamal media bergambar kenangan pada Majlis Apresiasi Media Terengganu 2022 anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI). - Astro AWANI

Bagi tempat pertama, pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000, tempat kedua, RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuk anugerah media cetak berita dan foto terbaik, anugerah media digital berita, foto serta video terbaik.