KUALA LUMPUR: Astro AWANI menerima pengiktirafan sebagai Saluran Berita Pelancongan Terbaik di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 (Malaysia Tourism Industry Award 2022) yang berlangsung di ibu negara.
Penganugerahan ini diberikan atas usaha berterusan Astro AWANI dalam mengetengahkan isu pelancongan serta giat mempromosi industri pelancongan negara.
Penganugerahan disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disaksikan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Dr Mohd Khalid Harun di ibu negara pada Jumaat malam.
Jelas Khalid, lebih 60 anugerah diberikan kepada penggiat industri pelancongan bagi meraikan kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan negara.
“Jutaan terima kasih dan tahniah kepada pemain industri pelancongan yang telah menyumbang ke arah kelangsungan industri pelancongan kita.
“Anugerah ini juga secara tidak langsung menjadi motivasi kepada seluruh penggiat industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia untuk bekerja dengan lebih gigih lagi dalam mempromosikan perniagaan pelancongan sekali gus mewujudkan imej positif negara di seluruh dunia,” jelas Khalid.
Pada majlis tersebut juga, dua orang mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga dinobatkan sebagai Ikon Pelancongan 2022.
Sementara penyanyi Jaclyn Victor telah diumumkan sebagai Ikon Pelancongan kategori selebriti.
Majis Anugerah Industri Pelancongan ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel.
Majlis ini turut dijayakan dengan kerjasama rakan strategik yang terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Islamic Tourism Centre (ITC), Tourism Malaysia, dan Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA).
Hafizi Rosli
Fri Dec 16 2022

Wartawan dan Hos Astro AWANI, Hafizi Rosli mewakili pengurusan tertinggi Astro AWANI menerima trofi dan sijil Anugerah Saluran Berita Pelancongan Terbaik daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. - Foto Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.