ALOR SETAR: Dunia bola sepak pada Khamis kehilangan seorang lagi permata apabila jurulatih legenda tanah air, Azraai Khor Abdullah mengembuskan nafas terakhirnya selepas mengalami serangan strok.
Menurut pemain skuad Piala Asia 2007, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya, lebih-lebih lagi ketika mengangkat Kedah FA sebagai salah sebuah kelab terbaik tanah air.
Pengendali skuad Pulau Mutiara ini berkata, dia antara beberapa individu yang pernah 'bertarung' ilmu dengan Azraai di padang turut memperingati personaliti pengendali cukup ternama berkenaan.
Katanya, gelaran 'double treble' yang diraih pada 2007 sehingga 2008 sememangnya sukar disaingi sehingga Johor Darul Ta'zim (JDT) mengulangi rekod tersebut musim lalu.
"Bagi saya beliau adalah antara jurulatih tempatan terbaik yang saya kenal. Banyak ilmu yang beliau kongsikan bersama dengan saya dan juga pemain-pemain lain.
"Walaupun saya bersama dengan arwah hanya dua musim di Kedah sebelum saya berhijrah ke Selangor, pencapaian yang arwah dapat bersama Kedah ‘Double Treble’ dan juga beliau bersama pasukan bawah 23 kebangsaan dan juga pasukan-pasukan lain," katanya.
Menurut Akmal yang juga bekas pemain Kedah terkejut dan sedih dengan pemergian figura dalam arena bola sepak tempatan itu.
Katanya dia sering berhubung dengan Allahyarham untuk memintak pandangan dan nasihat dalam mengendali pasukan.
"Beliau baru sahaja dua minggu lepas menghubungi saya mengucapkan tahniah kerana dilantik sebagai jurulatih pasukan Pulau Pinang dan beliau memberitahu serba sedikit apa yang perlu dilakukan untuk membimbing pasukan buat kali pertama.
"Banyak yang saya dapat daripada arwah dan saya akan cuba lakukan apa yang di ingatkan untuk menjaga pasukan utama," ujarnya lagi.
Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra-Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.
Pengendali disegani para penyokong itu bukan hanya berjuang di bumi Kedah apabila Allahyarham juga pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Terengganu FC, Perak FC, Negeri Sembilan, Sabah FC dan Kelantan.
Namun, tempohnya bersama kem Kedah pasti antara yang paling diingati apabila Allahyarham Azraai mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan tempatan meraih kejuaraan 'double treble'.
Pemain-pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Khyrill Muhymeen, Marlon Alex James serta Nelson Sam Martin merupakan tunjang kepada kecemerlangan Sang Kenari di bawah kendalian Allahyarham Azraai waktu itu.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 09 2024

Allahyarham pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Terengganu FC, Perak FC, Negeri Sembilan, Sabah FC dan Kelantan. - Foto Facebook/Mohd Azraai Khor

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Penang FC bakal gantikan khidmat Akmal Rizal dengan jurulatih baharu
Khidmat Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal digantikan dengan jurulatih baharu.

Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.

Akmal Rizal harap 'magis 90 minit'
Akmal Rizal yakin anak buahnya mampu bangkit untuk beraksi lebih cemerlang meskipun berdepan dua kekalahan berturut-turut menentang KDA FC.

Keyakinan tinggi kunci utama kejayaan Penang FC - Ketua Jurulatih
Faktor keyakinan itu diperoleh hasil kerja keras pemain yang menjalani latihan tanpa jemu sehingga mampu melakar kejayaan.

Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.

Akmal Rizal sanjung karier Azraai Khor
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya.

'Bapa pembangunan bola sepak Kedah', Kassim Saad meninggal dunia
Cikgu Kassim Saad menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Salmiah Othman, 72, dan anggota keluarga pada kira-kira 11.45 malam setelah 11 hari dimasukkan ke HSB.

FAM perlu lebih proaktif tangani isu persaraan pemain - Akmal Rizal
Bekas penyerang kebangsaan itu mahu pihak terbabit mengambil serius isu persaraan empat pemain negara dari skuad JDT.