TEMERLOH: Keyakinan tinggi pemain skuad Penang FC dalam mengambil sepakan penalti menjadi kunci utama kejayaan mereka menyingkirkan Sri Pahang FC pada saingan Piala FA 2024 di gelanggang lawan, di sini, malam tadi.
Ketua jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, faktor keyakinan itu diperoleh hasil kerja keras anak buahnya yang menjalani latihan tanpa jemu sehingga mampu melakar kejayaan layak ke peringkat suku akhir.
"Saya amat yakin dengan kebolehan pemain saya untuk menyempurnakan sepakan penalti kerana mereka amat gigih berlatih termasuk dari aspek itu.
"Selain persembahan cemerlang sepanjang 120 minit perlawanan, keputusan sepakan penalti inilah yang membuatkan saya amat gembira pada malam ini," katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan malam tadi.
Mengulas lanjut mengenai aksi itu, Akmal Rizal mengakui pasukan kendaliannya yang menghasilkan gol awal lebih menguasai permainan pada separuh masa pertama sebelum situasi sebaliknya berlaku pada babak kedua.
"Selepas Sri Pahang menyamakan keputusan 1-1, bukan mudah apabila kita ditekan, tetapi kita minta pemain kekal tenang dan berkeyakinan untuk terus bertahan pada masa sama cuba juga mencipta jaringan.
"Pasukan lawan banyak menyerang namun, barisan pertahanan kita cukup konsisten dan saya amat berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada aksi seterusnya," katanya.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan Penang FC hasil keputusan sepakan penalti 4-3.
Sementara itu, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berkata, pasukannya kurang bernasib baik meskipun sudah menampilkan persembahan yang mampu menyaingi lawan.
"Kita sudah menyerang dan mencipta banyak peluang untuk menghasilkan gol terutama pada babak kedua tetapi tidak masuk sehingga perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
"Pasukan Sri Pahang bermain dengan baik cuma kelemahan yang amat perlu diperbaiki sejak dahulu ialah kita lambat menyesuaikan diri dengan perlawanan sehingga kurang menyerlah pada separuh masa pertama," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Keyakinan tinggi pemain skuad Penang FC dalam mengambil sepakan penalti menjadi kunci utama kejayaan mereka menyingkirkan Sri Pahang FC pada saingan Piala FA 2024 di gelanggang lawan, malam tadi.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

TMJ dedah Sri Pahang, Kedah berkubur musim depan
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, masalah berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).