GEORGE TOWN: Ketua jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengharapkan 'magis 90 minit' di Stadium Darul Aman, Kedah minggu depan sekali gus mencerahkan peluang pasukan untuk mara ke separuh akhir Piala FA musim ini.
Akmal Rizal yakin anak buahnya mampu bangkit untuk beraksi lebih cemerlang meskipun berdepan dua kekalahan berturut-turut menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di laman sendiri pada saingan Liga Super minggu lepas dan suku akhir pertama malam tadi.
Beliau berkata kekalahan kepada KDA FC itu disebabkan kegagalan untuk menghasilkan jaringan walaupun telah bermain dengan baik dan kesilapan itu menyebabkan keputusan akhirnya berpihak kepada lawan.
"Apapun kita masih ada 90 minit. Dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku...(Walaupun) ketinggalan satu gol tetapi kita akan kembali dengan perancangan untuk menyerang sehabis mungkin dan pada masa sama kita kena bertahan juga sebab Kedah mempunyai kualiti di barisan serangan.
"Perjuangan kami masih belum tamat dan akan bermain sebaik mungkin dalam 90 minit terakhir Jumaat depan untuk mendapatkan peluang layak ke separuh akhir," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Pada masa sama, Akmal Rizal berharap penyerang import dari Brazil Rodrigo Dias yang dibelenggu kecederaan, akan pulih sepenuhnya dan kembali beraksi dalam kesebelasan utama pada perlawanan timbal balik di Alor Setar nanti.
Sementara itu, pengendali KDA FC Nafuzi Zain menyifatkan keputusan positif yang diperoleh pada perlawanan berkenaan adalah hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan pemain di atas padang.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu terlalu selesa dengan bekalan satu gol itu kerana yakin pasukan lawan akan memberikan tentangan hebat kerana mereka juga dalam misi memburu tiket ke pusingan seterusnya.
Beliau turut mengakui sedikit kecewa apabila semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak memihak kepada pasukannya selepas jaringan kedua pemain import Ebenezer Assiufuah dibatalkan kerana ofsaid namun akur dengan keputusan itu.
"1-0 keputusan positif sebab tak tewas tapi kalau 2-0 selesa sikit.
"Apapun, kita masih ada pusingan kedua jadi tidak boleh terlalu selesa dan yakin, yang penting (di pusingan kedua) nanti apa diharapkan adalah supaya semua pemain dapat konsisten dan menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk bermain dengan lebih baik seterusnya mara ke separuh akhir," katanya.
Pada perlawanan malam tadi, pemain gantian Mohamad Hasbullah Abu Bakar menjadi penyelamat selepas berjaya menyepak masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-73 setelah penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan gagal menangkap kemas tendangan kapten pasukan KDA FC Sony Norde.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Pemain Kedah Darul Aman FC Mohd Rizal Mohd Ghazali mengawal bola semasa bertemu dengan pasukan Pulau Pinang FC pada pelawanan Piala FA di Stadium Bandaraya, George Town, malam tadi. --fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Penang FC mahu manfaat masa 'rehat' sebulan perbaiki kesilapan
Wan Rohaimi berkata, pasukannya masih berada dalam kedudukan kritikal dan sudah mengharungi 20 perlawanan berbanding pasukan lain.

Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.

Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.