Kes Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan nilai puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini membenarkan permohonan Ahmad Zahid, 66, menerusi peguamnya Hisyam Teh Poh Teik agar kes itu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Hisyam memaklumkan kepada mahkamah pihak pembelaan telah membuat permohonan menurut Seksyen 417 (1)(e) Kanun Tatacara Jenayah.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairi tidak membantah terhadap permohonan itu.
Pada 19 Okt dan 14 Dis tahun lepas serta 20 Feb lalu, Anggota Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah terhadap keseluruhan 47 pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 lagi berhubung pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
BACA: Ahmad Zahid didakwa tuduhan tambahan pecah amanah RM10 juta milik yayasan
Ahmad Zahid didakwa telah menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.
Kesalahan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di bank sama antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016.
BACA: Zahid didakwa sekali lagi atas pertuduhan tambahan pecah amanah
Mengenai lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.
Dakwaan dibuat menurut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
BACA: Kronologi siasatan dan pendakwaan terhadap Zahid Hamidi melibatkan dana yayasan
Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.
Dakwaan adalah menurut Seksyen 4(1)(a) mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama iaitu boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 21 2019
![Ahmad Zahid dibenarkan pindah kes ke Mahkamah Tinggi Ahmad Zahid dibenarkan pindah kes ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51550732201_DATUKSERIDRAHMAD.jpg)
Ahmad Zahid ketika hadir ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi 47 pertuduhan melibatkan nilai puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723198135_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
![Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
![Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722789674_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin
Perjuangan menuntut pembebasan Palestin kini bukan hanya merupakan perjuangan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan sejagat.
![Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722772967_TBZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
![Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
![PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722336655_TBZahidhamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata bagi sebarang fitnah yang dibuat, penjelasan akan dibuat kembali oleh jentera parti, dan penerangan berhubung isu berkenaan akan diperhebatkan.
![200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid 200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722164284_AhmadZahidHamidi.jpg)
200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menghantar 200 pelajar kaum India mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
![Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721738910_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
![Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
![Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222103_ZahidHamidi.jpg)
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.