SHAH ALAM: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga secara peribadi tidak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti tersebut.
"Mereka tidak berjumpa dengan saya. Jika ada pun, mungkin itu pendekatan yang dibuat secara peribadi dan bukan secara rasmi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan di Seksyen 13 di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata terdapat dakwaan mengenai beberapa siri pertemuan antara Pas bersama UMNO, bagi membincangkan kerjasama berkenaan.
Beliau mendakwa pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).