KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 1,038 daripada keseluruhan 5,125 tempat yang ditawarkan oleh Institut Malaysia-China (MCI) dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diisi.
Menggelarkan ia sebagai 'pencetus perubahan' untuk TVET Malaysia, beliau berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia dan membina landasan kerjaya yang menjanjikan pulangan memuaskan dalam bidang TVET termasuk gaji yang lebih baik.
"Penting bagi kita menterjemahkan bentuk kerjasama ini dalam konteks Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Perdana Menteri China Li Qiang teruja dengan kecepatan kita menyambut tawaran ini," katanya ketika berucap pada perasmian Majlis Pelepasan Peserta Program-Program Inisiatif MCI di sini hari ini.
Turut hadir Naib Pengerusi Eksekutif Chery Malaysia Chen Gang dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Manndzri Nasib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat MCI.
Pada Mei lepas, sejumlah 220 syarikat China menawarkan 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia menjalani latihan jangka pendek, sederhana dan panjang berkaitan TVET yang dilihat sebagai pemacu utama dalam meningkatkan industri itu di Malaysia.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), berkata pihaknya merencanakan dua kumpulan berbeza untuk dihantar ke China dengan satu daripadanya adalah tenaga pengajar.
"Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sendiri menghantar dua kumpulan tenaga pengajar dan setiap kumpulan terdiri daripada sembilan orang untuk mendapat pendedahan dalam pelbagai bidang yang ditetapkan. Jadi kita akan hantar dua kumpulan," katanya.
Beliau juga menekankan kepentingan memberi peluang yang saksama kepada semua pelajar dari pelbagai latar belakang termasuk kaum Cina dan India serta pelajar dari Sabah dan Sarawak dalam inisiatif ini.
"Sebanyak 5,125 tempat baharu diumumkan pada Mei lepas, sebelum itu hanya 2,000 yang diperuntuk kepada kita, dengan penambahan itu saya memberi peluang kepada kaum Cina, India, pelajar dari Sabah, Sarawak dan lain-lain untuk dihantar juga bagi memberikan kesaksamaan kepada pelajar-pelajar ini.
"Jadi saya berterima kasih kepada TANG International Education Group, Cherry serta Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang telah menyambut program ini dengan segera dan PTP misalnya, telah mengambil 100 peratus pelajar yang kita hantar untuk bekerja dengan mereka, begitu juga dengan Cherry," katanya.
Ahmad Zahid turut memaklumkan MTVET telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan 1,383 syarikat untuk mengambil graduan TVET pada pelbagai tahap sekali gus menjamin peluang pekerjaan yang cerah untuk mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (berdiri, lima kanan) bergambar bersama peserta pada Majlis Pelepasan Peserta Program-program Inisiatif Malaysia-China Institut (MCI). - Foto BERNAMA
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.