KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat.
Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Al-Sultan Abdullah.
Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali ini akan berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Okt.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung mulai 4 hingga 26 Okt.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di bangunan Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan, pelbagai inisiatif dijalankan antaranya pemasangan penapis udara ultra violet di dewan besar Parlimen serta penggunaan teknologi nano di pejabat bagi membunuh bakteria dan virus.
Selain itu, Kementerian Kesihatan turut melaksanakan ujian saringan RT-PCR terhadap 1,801 individu terdiri daripada petugas Parlimen dan individu terlibat dalam persidangan itu pada 10 dan 11 Sept lepas.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan melalui hasil saringan yang dijalankan selama dua hari di Dewan Serbaguna Parlimen itu, seramai 26 individu didapati positif COVID-19 melibatkan seorang Senator dan 25 petugas Parlimen.
Selain itu, terdapat dua Ahli Parlimen dikesan positif hasil saringan di luar kompleks.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali ini akan berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Okt. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.