Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim pada Rabu ditempelak apabila menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membina Hospital Tanjong Karang setelah 16 tahun menabur janji.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata tuduhan wakil rakyat DAP itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam dibuat tanpa berasaskan fakta.
Beliau berkata Ng telah berbohong apabila mendakwa projek pembinaan hospital itu baharu hendak dimulakan setelah 16 tahun, malah kononnya cuba menjadi 'hero' memperjuang pembinaan hospital itu.
"Kempen BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 langsung tidak sebut mengenai pembinaan hospital baharu di Tanjong Karang, jadi bagaimana Ng boleh menuduh kerajaan BN gagal menunaikan janji selepas 16 tahun?
"Hanya selepas PRU pada 2008, saya menjadi menteri penuh, baru isu pembinaan sebuah hospital baharu di Tanjong Karang dibangkitkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Menjelaskan isu itu, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata pada mulanya, sebuah hospital iaitu Hospital Kuala Selangor dicadang untuk dibina dalam DUN Permatang sebelum 2004 yang ketika itu terletak dalam Parlimen Kuala Selangor.
Namun, pada PRU 2004, berlaku pecahan sempadan pilihan raya menyebabkan DUN Permatang dimasukkan ke dalam Parlimen Tanjong Karang.
"Pada 2008, saya bangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet supaya Hospital Kuala Selangor dibina segera dan ditukar nama kepada Hospital Tanjong Karang kerana kedudukan hospital tersebut di DUN Permatang dalam Parlimen Tanjong Karang," katanya.
Malah, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata pada tahun 2013, kerajaan menambah peruntukan bagi projek itu dari RM250 juta kepada RM269 juta berikutan masalah struktur tanah yang menyebabkan kelewatan pembinaan hospital berkenaan.
Justeru, Noh menyifatkan tindakan Ng yang cuba menjadi 'hero' dalam sidang DUN Selangor itu sebagai publisiti murahan dan wakil rakyat tersebut tidak perlu diberikan kredit kerana kerajaan BN lebih tahu tanggungjawab kepada rakyat.
Hospital baharu di Tanjong Karang itu bakal dibina di kawasan seluas 16.1 hektar dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk sekitar dengan penempatan (doktor) pakar dalam pelbagai bidang kesihatan demi memberikan rawatan terbaik kepada rakyat.
Menurut Noh, hospital baharu itu akan menjadi pusat perubatan utama menggantikan hospital sedia ada di Tanjong Karang yang bakal dijadikan pusat rawatan pesakit luar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
NOH: Hanya selepas PRU pada 2008, saya menjadi menteri penuh, baru isu pembinaan sebuah hospital baharu di Tanjong Karang dibangkitkan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.