KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan lokaliti di Sarawak, Kedah, Sabah dan Pulau Pinang diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu akan mula dikuat kuasa 4 hingga 17 Julai ini.

Berikut perincian PKPD yang diumumkan hari ini:

PKPD Rumah Panjang Malang anak Bada, Sungai Bayan, Mukah, Sarawak
- 88 penghuni disaring, 38 dikesan positif
- KKM akan jalankan saringan dan mengesan kes positif, elak penularan ke lokaliti lain

PKPD Kawasan Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur dan Asrama Pekerja di No 1, Jalan Seroja 3/2, Taman Seroja, Sungai Lalang, Kuala Muda, Kedah
- 471 kes positif, kadar kebolehjangkitan tinggi
- Peningkatan ketara kes dalam tempoh seminggu

PKPD 2 lokaliti di Kota Belud, Sabah:
i) Kampung Siasai Dundau
- 15 individu disaring, 8 dikesan positif
- Kes meningkat dalam tempoh singkat

ii) Kampung Pantai Emas
- 73 disaring, 10 dikesan positif
- Kes meningkat dalam tempoh singkat

PKPD Kampung Naruntung, Pitas, Sabah
- 86 disaring, 21 dikesan positif
- Kadar kebolehjangkitan tinggi

PKPD Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau, Sabah
- 14 disaring, 8 dikesan positif
- Kes meningkat dalam tempoh singkat, kebolehjangkitan tinggi

PKPD Taman Nagasari, Mukim 6, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
- 1,350 disaring, 118 dikesan positif
- Kes meningkat dalam tempoh singkat, kebolehjangkitan tinggi

PKPD Kampung Babagon, Penampang, Sabah
- 40 disaring, 11 dikesan positif
- Kes meningkat dalam tempoh singkat, kebolehjangkitan tinggi