ALOR GAJAH: Sebanyak 463 nelayan di Melaka dan Negeri Sembilan yang terjajas akibat cadangan pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) menerima secara keseluruhan bayaran ex-gratia berjumlah RM5.401 juta dalam tiga fasa.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bayaran fasa pertama tahun 2023 akan diserahkan kepada 463 nelayan yang terdiri daripada 308 nelayan di daerah Alor Gajah, 115 nelayan dari Port Dickson serta 40 nelayan darat di daerah Alor Gajah.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 100,000 diperuntukkan untuk perbelanjaan infrastruktur dan RM1 juta bagi peruntukan pembangunan ekonomi di Kawasan Nelayan Melaka Barat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan fasa pertama kepada nelayan yang jejas di Kompleks Japerun Kuala Linggi, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata kerajaan negeri komited dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan nelayan setempat dari Melaka dan sempadan Negeri Sembilan yang terjejas sumber pencarian diutamakan selain mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
"Kita harapkan juga pemberian wang sagu hati ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada nelayan-nelayan dan menasihatkan agar mereka dapat menggunakan wang ini dengan sebaik mungkin," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata cadangan KLIP itu adalah bertujuan bagi membangunkan ekonomi negeri sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Katanya, pembangunan KLIP itu juga akan memastikan Melaka mempunyai pelabuhan yang mampu berdaya saing dan berdaya tahan dalam memacu kemajuan ekonomi negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
![463 nelayan Alor Gajah, Port Dickson terjejas akibat projek KLIP terima bayaran ex-gratia 463 nelayan Alor Gajah, Port Dickson terjejas akibat projek KLIP terima bayaran ex-gratia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698932887_Melaka.jpg)
Sebanyak 463 nelayan di Melaka dan Negeri Sembilan yang terjajas akibat cadangan pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) menerima secara keseluruhan bayaran ex-gratia berjumlah RM5.401 juta dalam tiga fasa. - Foto FB Ab Rauf Yusoh
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
![Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723768689_abraufyusoh.jpg)
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
![Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723768526_soccermatch.jpg)
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
![EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723462308_BOTKARGO.jpg)
EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara
Memorandum itu menuntut tindakan segera menghentikan penggunaan pukat tunda yang mengakibatkan kekurangan sumber dan menimbulkan konflik.
![Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723358377_botmencaridanmeny.jpg)
Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam nahas bot karam di perairan Kemaman di sini, ditangguhkan pukul 7 malam ini.
![Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722937485_FaizFadzil.jpg)
Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.
![Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722317233_AnwarIbrahim.jpg)
Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM
Perdana Menteri menasihatkan nelayan di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China.
![Tiga selamat, seorang lemas bot nelayan karam di Sekinchan Tiga selamat, seorang lemas bot nelayan karam di Sekinchan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721563594_Nelayankaram.jpg)
Tiga selamat, seorang lemas bot nelayan karam di Sekinchan
Tiga nelayan warga asing selamat manakala seorang lagi lemas apabila sebuah bot kelas C dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di perairan Pantai Redang, Sekinchan, Jumaat lepas.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
![Malaysia kekurangan tekong tempatan untuk kapal nelayan - Mohamad Malaysia kekurangan tekong tempatan untuk kapal nelayan - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
Malaysia kekurangan tekong tempatan untuk kapal nelayan - Mohamad
"LKIM perlu berusaha melahirkan lebih ramai tekong negara pada masa akan datang, dan bayaran untuk tekong ini selalunya gaji lebih lumayan."
![RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu
Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721043407_TBSANDAKANNELAYAN.jpg)
MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
![Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720692942_TBMahkamahTinggi.jpg)
Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO
Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tujuh nelayan bersama dua NGO bagi menghentikan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI).