Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian orang jatuh sungai pada 10.49 pagi.
Beliau berkata susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah digerakkan ke lokasi.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dipercayai terjatuh dari sampan dan ditemukan pada jarak lima ke 10 meter (dari tebing) kira-kira 1 tengah hari tadi.
"Ketika kejadian, mangsa dipercayai seorang diri di atas sampan dan sedang mencari ketam serta umpun-umpun. Mayat telah dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA