Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.
Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, bagi Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula, sejumlah 794 daripada 1,687 kes berjaya diselesaikan bagi tempoh Julai 2015 hingga Julai lalu.
Beliau berkata corak kesedaran pengguna untuk memfailkan kes didapati meningkat di mana sehingga Jun tahun ini, pemfailan kes perumahan yang direkodkan adalah sebanyak 1,111 kes, manakala pengurusan strata 1,152 kes.
"Ini menunjukkan semakin banyak isu dipertikaikan oleh pembeli rumah dan pemilik petak strata susulan daripada kesedaran yang semakin meningkat hasil daripada aktiviti promosi yang giat dijalankan kementerian," katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah kepada Presiden Tribunal (TTPR) dan TPS di sini hari ini.
Menurut Noh, bagi TTPR pula, ia ialah alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dan pemaju perumahan mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
"Tribunal ini mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan sebarang tuntutan dan pertikaian timbul daripada perjanjian jual beli dibuat antara pembeli rumah serta pemaju perumahan berlesen dengan tuntutan tidak melebihi RM50,000,” katanya disini.
Seramai lima Presiden baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan lima Presiden Tribunal Pengurusan Strata (TPS) dilantik oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sehingga kini, ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 10 orang bagi Presiden TTPR dan 22 orang Presiden bagi TPS di seluruh negara.
Noh berkata pelantikan baharu itu antaranya bagi memenuhi penambahan jumlah kes tuntutan dibuat di TPS, yang didengar di 12 Mahkamah Tribunal Pengurusan Strata di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.
Anthea Yap
Mon Sep 19 2016

Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan. - Gambar fail

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Rumah transit, usaha kerajaan bantu belia beli rumah sendiri
Menerusi projek itu, penyewa akan dikenakan sewa RM800 dan sejumlah RM300 daripadanya akan 'disimpan' oleh kerajaan sehingga tempoh sewaan lima tahun berakhir.

'Kerajaan negeri berkuasa tentukan harga rumah' - Noh
Antara punca kenaikan harga rumah adalah faktor lokasi, caj premium serta kos yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kerajaan Selangor didakwa kekang Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
Kerajaan Selangor didakwa menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.

Kementerian tubuh jawatankuasa khas teliti pinjaman pemaju - Noh Omar
Jawatankuasa terbabit akan turut melihat secara terperinci kadar faedah pinjaman yang bakal ditawarkan pemaju kepada pembeli.

40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.

Penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah belum jelaskan kos pembersihan - Rahman
Penganjur himpunan Bersih 2.0 belum membayar RM64,955 manakala Penganjur Himpunan Baju Merah belum membayar RM38,214.70.

Cadangan tubuh Majlis Keselamatan Air dibawa ke Kabinet Januari
Kertas cadangan berhubung pembentukan Majlis Keselamatan Air dijangka dibentang untuk kelulusan Kabinet pada Januari depan.

Kerajaan akan tetap berdiri teguh walaupun selepas Bersih - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin kerajaan akan tetap berdiri teguh selepas Bersih namun bimbang jika penganjuran perhimpunan itu hanya akan memburukkan situasi ekonomi negara.

Bandaraya Melaka perintis 'My Buskers Corner'
Bandaraya Melaka dipilih menjadi tapak perintis projek 'My Buskers Corner' (MBC).

Cadangan naik kadar cukai pintu, beri servis terbaik - Rahman Dahlan
Cadangan menaikkan kadar cukai pintu bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk warga kota.