Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan pemberian lesen pinjaman kepada pemaju hartanah.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata jawatankuasa terbabit akan turut melihat secara terperinci kadar faedah pinjaman yang bakal ditawarkan pemaju kepada pembeli.
"Kita akan tubuhkan satu jawatankuasa tetapi secara kasarnya kita telah mendapat maklumat awal pemaju ini. Mereka hanya kenakan enam peratus sahaja kerana pemaju ini bukan nak interest duit pinjaman tetapi yang penting mereka hendak rumah dapat dijual kepada pembeli.
"Pemaju ini melakukan begini kerana mereka ingin memenuhi kehendak kerana pada hari ini, rata-rata kita telah dimaklumkan apabila hendak membeli sebuah rumah itu, bank tidak dapat memberi pinjaman 100 peratus," katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di Kementeriannya di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, kebanyakan pemaju hartanah bukan mementingkan pinjaman kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli, tetapi mahu rumah yang dibangunkan mereka dapat dijual tanpa sebarang halangan.
KPKT juga akan melihat semula Akta Pemberi Pinjam Wang 1951(Pindaan) 2011 yang turut memberi kuasa kepada menterinya menentukan kadar faedah berkesan.
Kementerian turut akan berbincang dengan pakar seperti Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan Bank Negara Malaysia dalam masa terdekat.
Setakat ini, tujuh pemaju hartanah yang mempunyai anak syarikat memberi pinjaman dengan kadar faedah enam peratus kepada pembeli.
Sebelum ini, kabinet mengarahkan KPKT untuk mengkaji kadar faedah dan tempoh pembayaran balik agar tidak membebankan rakyat, kerana saranan terdahulu menyaksikan pemaju perumahan bercadang mengenakan kadar faedah 18 peratus, yang mana ia menimbulkan banyak bantahan.
Anthea Yap
Mon Sep 19 2016

KPKT juga akan melihat semula Akta Pemberi Pinjam Wang 1951(Pindaan) 2011 yang turut memberi kuasa kepada menterinya menentukan kadar faedah berkesan. - Gambar fail

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Rumah transit, usaha kerajaan bantu belia beli rumah sendiri
Menerusi projek itu, penyewa akan dikenakan sewa RM800 dan sejumlah RM300 daripadanya akan 'disimpan' oleh kerajaan sehingga tempoh sewaan lima tahun berakhir.

'Kerajaan negeri berkuasa tentukan harga rumah' - Noh
Antara punca kenaikan harga rumah adalah faktor lokasi, caj premium serta kos yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kerajaan Selangor didakwa kekang Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
Kerajaan Selangor didakwa menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.

Kementerian tubuh jawatankuasa khas teliti pinjaman pemaju - Noh Omar
Jawatankuasa terbabit akan turut melihat secara terperinci kadar faedah pinjaman yang bakal ditawarkan pemaju kepada pembeli.

40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.

Penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah belum jelaskan kos pembersihan - Rahman
Penganjur himpunan Bersih 2.0 belum membayar RM64,955 manakala Penganjur Himpunan Baju Merah belum membayar RM38,214.70.

Cadangan tubuh Majlis Keselamatan Air dibawa ke Kabinet Januari
Kertas cadangan berhubung pembentukan Majlis Keselamatan Air dijangka dibentang untuk kelulusan Kabinet pada Januari depan.

Kerajaan akan tetap berdiri teguh walaupun selepas Bersih - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin kerajaan akan tetap berdiri teguh selepas Bersih namun bimbang jika penganjuran perhimpunan itu hanya akan memburukkan situasi ekonomi negara.

Bandaraya Melaka perintis 'My Buskers Corner'
Bandaraya Melaka dipilih menjadi tapak perintis projek 'My Buskers Corner' (MBC).

Cadangan naik kadar cukai pintu, beri servis terbaik - Rahman Dahlan
Cadangan menaikkan kadar cukai pintu bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk warga kota.