Bandaraya Melaka dipilih menjadi tapak perintis projek 'My Buskers Corner' (MBC) bagi mengembangkan aktiviti muzik jalanan sebagai bentuk seni yang sihat.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pemilihan Bandaraya Melaka sebagai lokasi pertama berdasarkan faktor kewujudan tapak kondusif untuk kegiatan 'busking' khususnya dataran yang sentiasa dipenuhi pelawat dan pengunjung.
"Lokasi lain MBC akan dilancarkan secara berperingkat termasuk Kuantan, Port Dickson, Ipoh, Johor Baharu, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuching, Kota Kinabalu dan Kota Baharu," katanya selepas merasmikan sudut berkenaan di dataran Sungai Melaka di sini Ahad.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Presiden Malaysian Buskers Club, Wady Hamdan.
Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan masa depan lebih baik kepada generasi muda negara ini agar membuat keputusan yang selari dengan agama, undang-undang dan norma kehidupan masyarakat timur.
Abdul Rahman berkata ia juga selaras dengan usaha merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang merupakan sambutan pelancongan yang paling besar dan meriah di negara ini.
Beliau berkata bandar besar dunia seperti Central Park, New York; Harajuku, Tokyo dan Covent Garden, London telah menjadi lokasi 'busking' yang terkemuka dan terkenal serta merupakan tarikan utama pelancong ke bandar berkenaan.
Justeru, katanya kementeriannya akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan suasana kondusif kepada para pemuzik jalanan dan pengunjung bagi menikmati seni berkenaan.
Sementara itu, Idris berkata pemilihan Bandaraya Melaka bertepatan dengan statusnya sebagai bandar raya warisan dunia Unesco sekali gus menambah lagi produk pelancongan Melaka.
Bagaimanapun katanya pemuzik jalanan perlu mematuhi beberapa peraturan yang dikeluarkan PBT termasuk penjagaan kebersihan dan masa persembahan.
Bernama
Sun Feb 02 2014

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri) dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mencuba 'ukulele'. Foto Bernama

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

KWSP tidak hadapi masalah kewangan - Abdul Rahman
KWSP tidak menghadapi masalah kewangan seperti didakwa oleh pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Arab Saudi ingin tahu lebih Program Transformasi Nasional - Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan berkata, Arab Saudi menyatakan minat terhadap kejayaan Malaysia melaksanakan langkah-langkah perubahan holistik melalui Program Transformasi Nasional.

Jentera BN Sabah sedia hadapi pilihan raya negeri awal - Abdul Rahman
Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Pengesahan antarabangsa buktikan Malaysia mampu harungi ketidaktentuan
Pengesahan oleh badan-badan bebas antarabangsa dan lain-lain institusi yang ternama ke atas ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa negara ini masih berdaya tahan.

Dakwaan Shafie Apdal mengelirukan rakyat - Rahman Dahlan
Tegas beliau, dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Rakyat itu semalam adalah berdasarkan emosi dan fakta tidak berasas.

Tun Mahathir kecewa kerana gagal gulingkan kerajaan - Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, kekecewaan itu ditambah dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sekaligus menidakkan ramalan Dr Mahathir.

REHDA: Prestasi jualan hartanah Malaysia menyusut
Jualan hartanah Malaysia susut kepada 39 peratus pada 6 bulan pertama 2016.

Isu banglo: "DAP parti politik bersih tidak boleh lagi dipakai" - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan pada masa lega dengan penahanan Guan Eng itu kerana beliau yakin berlaku salah laku dalam transaksi pembelian banglo tersebut.

Idea bangun awal elak tol: Netizen saran diskaun sebelum jam 6 pagi
Banyak cadangan bernas diutarakan berkenaan caj tol dan ia menerima reaksi positif dari Rahman Dahlan sendiri.

Daerah Baling kawasan paling 'bahagia' di Malaysia
Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia.