Pembinaan fasa pertama projek Rumah Transit Belia di Mukim Batu, Wilayah Persekutuan tahun depan merupakan usaha kerajaan membantu golongan belia 'menabung' untuk membeli rumah sendiri selepas berakhir tempoh sewaan, lima tahun.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata menerusi projek itu, penyewa akan dikenakan sewa RM800 dan sejumlah RM300 daripadanya akan 'disimpan' oleh kerajaan sehingga tempoh sewaan lima tahun berakhir.
"Kalau penyewa memenuhi syarat-syarat perjanjian dan membayar sewa setiap bulan, cukup tempoh kita akan beri dia bayaran balik.
"Akhirnya, penyewa akan mempunyai sebanyak RM18,000 dan dia boleh beli rumah baharu dengan deposit yang kita pegang untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas ucapan penggulungan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, dalam ucapannya Najib berkata pelbagai inisiatif diambil oleh kerajaan, yang tidak dilaksanakan di mana-mana negara lain, antaranya Projek Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia dan terbaharu MyBeautiful New Home (MyBN).
Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menjelaskan fasa pertama projek berkenaan melibatkan kira-kira 4,000 unit studio apartmen satu dan dua bilik bersaiz antara 400 ke 650 kaki persegi.
Beliau turut memberi jaminan kadar sewa yang dikenakan di kawasan Mukim Batu adalah lebih murah berbanding kadar sewa studio apartmen lain di kawasan persekitaran.
"Kita dah buat kajian di kawasan Mukim Batu itu paling murah sewa studio apartmen ialah RM1,000 sebulan," katanya.
Mengenai permintaan para perwakilan supaya kerajaan tidak membina rumah bersaiz kotak, Noh berkata perkara itu boleh dipertimbangkan, namun pada masa sama kadar sewa perlu dikaji semula.
Beliau berkata ini berikutan, subsidi yang diberi kerajaan untuk sebuah rumah adalah terlalu banyak iaitu hampir RM120,000.
"Sekiranya rumah yang dibina diperluaskan kepada 800 kaki persegi, kita sudah pasti perlu kaji semula kadar sewa yang dikenakan," katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tawaran bantuan kewangan untuk menubuhkan koperasi peruncitan dan pemborong yang diumumkan Perdana Menteri hari ini menunjukkan kepekaan kerajaan terhadap usul yang dibahas perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Pengumuman yang dibuat Najib dalam ucapan penggulungannya itu melibatkan pemberian geran sebanyak RM150,000 dan pinjaman berjumlah RM150,000.
Menurut Hamzah, penubuhan koperasi itu dilihat bakal memudahkan penentuan harga barangan keperluan secara lebih berhemah bagi bersaing dengan Kedai Rakyat 1Malaysia. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 04 2016

Noh turut memberi jaminan kadar sewa yang dikenakan di kawasan Mukim Batu adalah lebih murah berbanding kadar sewa studio apartmen lain di kawasan persekitaran. - Gambar hiasan/iStock

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Rumah transit, usaha kerajaan bantu belia beli rumah sendiri
Menerusi projek itu, penyewa akan dikenakan sewa RM800 dan sejumlah RM300 daripadanya akan 'disimpan' oleh kerajaan sehingga tempoh sewaan lima tahun berakhir.

'Kerajaan negeri berkuasa tentukan harga rumah' - Noh
Antara punca kenaikan harga rumah adalah faktor lokasi, caj premium serta kos yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kerajaan Selangor didakwa kekang Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
Kerajaan Selangor didakwa menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.

Kementerian tubuh jawatankuasa khas teliti pinjaman pemaju - Noh Omar
Jawatankuasa terbabit akan turut melihat secara terperinci kadar faedah pinjaman yang bakal ditawarkan pemaju kepada pembeli.

40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.

Penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah belum jelaskan kos pembersihan - Rahman
Penganjur himpunan Bersih 2.0 belum membayar RM64,955 manakala Penganjur Himpunan Baju Merah belum membayar RM38,214.70.

Cadangan tubuh Majlis Keselamatan Air dibawa ke Kabinet Januari
Kertas cadangan berhubung pembentukan Majlis Keselamatan Air dijangka dibentang untuk kelulusan Kabinet pada Januari depan.

Kerajaan akan tetap berdiri teguh walaupun selepas Bersih - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin kerajaan akan tetap berdiri teguh selepas Bersih namun bimbang jika penganjuran perhimpunan itu hanya akan memburukkan situasi ekonomi negara.

Bandaraya Melaka perintis 'My Buskers Corner'
Bandaraya Melaka dipilih menjadi tapak perintis projek 'My Buskers Corner' (MBC).

Cadangan naik kadar cukai pintu, beri servis terbaik - Rahman Dahlan
Cadangan menaikkan kadar cukai pintu bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk warga kota.