KUALA LUMPUR: 37 lagi lokaliti membabitkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kadar jangkitan kes baharu COVID-19 yang membimbangkan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaksanaan tersebut bermula dari 4 Jun hingga 17 Jun.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Sri Bayu, Bayu Tiara, Bayu Nyaman , Halaman Murni, Bayan Permai, Bayan Tiara, Taman Ara Indah, Kampung Bukit, Kampung Perlis, Kampung Masjid, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit di Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang berkuasa 4 Jun sehingga 17 Jun 2021," jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Manakala tiga kawasan membabitkan negeri Sabah iaitu beberapa lokaliti di Taman Utama, Sandakan, Kampung Sepagaya Hulu, Silam, Lahad Datu dan dua lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru.
Perluasan kawasan PKPD juga terpaksa dilakukan di mukim Pekan, Kunak membabitkan melibatkan 15 lokaliti baru iaitu Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Kunak Jaya, Kampung Singgah Mata, Kampung Kunak Kecil, Kampung Bagiang, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd Noor, Kampung Pangkalan Lama, Kampung Pangkalan Laut, Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.
Pelanjutan PKPD juga terpaksa dilaksanakan di Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar, Sabah sehingga 17 Jun.
Sementara itu PKPD turut dilaksanakan di 4 taman perumahan, mukim Bentong, Pahang membabitkan Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.
Selain itu kerajaan turut menamatkan tempoh PKPD di dua lokaliti membabitkan Johor dan Pahang.
PKPD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Skudai, Johor akan tamat esok iaitu 3 Jun 2021 mengikut jadual.
Manakala satu lagi kawasan yang ditamatkan ialah membabitkan Gugusan Mendi, Bera, Pahang pada hari ini iaitu sehari lebih awal daripada yang dijadualkan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Jun 02 2021
Selain itu kerajaan turut menamatkan tempoh PKPD di dua lokaliti membabitkan Johor dan Pahang. - Gambar fail
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.