JOHOR BAHRU: Seramai 28 warga Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, di Ulu Tiram yang terdiri daripada 24 pelajar, dua guru dan dua petugas kantin mengalami simptom pening dan muntah, dipercayai akibat pencemaran sisa kimia, petang Rabu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Mohd Salleh Kvp Mohamed, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pencemaran bau kimia itu pada jam 3.13 petang sebelum 17 anggota dihantar ke tempat kejadian.
Katanya setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat beberapa mangsa mengalami pening dan muntah.
PKO bertindak membuat 'size up' bagi mencari punca bau pencemaran tersebut.
"Kesemua pelajar dan guru telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekolah dengan segera. PKO bertindak membuat bacaan udara di lokasi kejadian secara berkala bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor.
"Pada jam lebih kurang 8 malam, pasukan HAZMAT telah membuat kerja-kerja 'detection' di dua lokasi berbeza menggunakan gasmet.
"Lokasi pertama di tapak kilang haram memproses minyak sawit terpakai dan lokasi kedua di Ladang Orkid. Hasil bacaan yang diterima di kedua lokasi adalah normal," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam..
Jelas Mohd Salleh, proses pengesanan diteruskan pada Rabu dengan pasukan HAZMAT membuat pengesanan dengan menggunakan lebih banyak peralatan termasuk sigis 2 (long range detector), gasmet, rad dan 4 gas meter di beberapa sektor yang ditetapkan.
Katanya selepas membuat penilaian di lokasi sektor lima iaitu di kawasan sebuah kilang dengan menggunakan gasmet GT5000, terdapat peningkatan bacaan 'methyl mercaptan'.
"Pasukan HAZMAT dan JAS mendapati berlaku aktiviti pembakaran tanki 'ibc' yang mengandungi bahan buangan dalam bentuk pepejal (sludge) dan cecair serta pelupusan bahan pepejal (sludge) dan sisa cecair ke di laluan tali air ke sungai berhampiran.
"Hasil dari penemuan itu operasi seterusnya diserahkan kepada JAS Johor untuk tindakan berkaitan," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Aug 02 2023
![28 warga SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran bau 28 warga SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran bau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691012299_SKSungaiTiram.jpg)
Pasukan HAZMAT telah membuat kerja-kerja 'detection' di dua lokasi berbeza menggunakan gasmet. - Foto JBPM
![Rakyat Malaysia cedera terkena kepingan konkrit jatuh di Hong Kong Rakyat Malaysia cedera terkena kepingan konkrit jatuh di Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720446961_TBkonkrit.jpg)
Rakyat Malaysia cedera terkena kepingan konkrit jatuh di Hong Kong
Lawatan kerja bertukar menjadi detik cemas bagi seorang lelaki Malaysia pada hari pertamanya di Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang terkenal dengan kesibukan kota.
![KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720441330_KPDNMelaka.jpg)
KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol
KPDN Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
![Ribuan rakyat Palestin larikan diri dalam serangan Israel di barat daya Gaza Ribuan rakyat Palestin larikan diri dalam serangan Israel di barat daya Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719184041_Palestinians.jpg)
Ribuan rakyat Palestin larikan diri dalam serangan Israel di barat daya Gaza
Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan di barat daya Bandaraya Gaza apabila tentera rejim secara mengejut menyerang mereka buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan.
![Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720439701_AnwarIbrahimBakht.jpg)
Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa
Menteri Luar Uzbekistan akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa susulan perbincangan yang diadakan semasa lawatan Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mei tahun ini.
![PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720437959_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
[TERKINI] Boeing mengaku menipu dalam 2 nahas pesawat 737 MAX
Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah dan membayar denda AS$243.6 juta (RM1.1 bilion) ke atas dakwaan penipuan mengenai nahas pesawat 737 MAX pada 2018 dan 2019.
Mampukah Malaysia kekang penularan ekstremism?
Fahaman ekstremism menyusup secara senyap dalam komuniti, ia ibarat bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa. Apa yang harus dilakukan pihak berkuasa? Apa langkah kerajaan urus persepsi fahaman ini? Firdaus Azil ada laporannya.
![12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah 12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720437883_TBgempaBumi.jpg)
12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah
Gempa bumi berukuran 4.4 magnitud yang melanda daerah Batang, Pekalongan dan Kendal di Jawa Tengah pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 12 penduduk cedera.
AWANI Ringkas: Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720440181_AnwarIbrahimChemo.jpg)
Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.
![Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691046029_pencemarankimia.jpg)
Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia
Penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini masih trauma dengan bau kuat dipercayai pencemaran bahan kimia sejak dua hari lalu.
![28 warga SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran bau 28 warga SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran bau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691012299_SKSungaiTiram.jpg)
28 warga SK Sungai Tiram muntah, pening akibat pencemaran bau
Kesemua pelajar dan guru telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekolah dengan segera.
![MOSTI bangunkan makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta MOSTI bangunkan makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653815899_TBADHAMBABA.jpg)
MOSTI bangunkan makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) sedang membangunkan sebuah makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta.
![9 ditahan bantu siasatan pencemaran anak sungai Seelong - Tuan Ibrahim 9 ditahan bantu siasatan pencemaran anak sungai Seelong - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631705639_JABATANALAMSEKITAR.jpg)
9 ditahan bantu siasatan pencemaran anak sungai Seelong - Tuan Ibrahim
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan menunggu keputusan analisa yang dijangka akan diperolehi dalam tempoh minggu ini sebelum pendakwaan dibuat.
![Semua institusi pendidikan di Pasir Gudang diarah tutup mulai Selasa Semua institusi pendidikan di Pasir Gudang diarah tutup mulai Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561390387_StadiumTertutup.jpg)
Semua institusi pendidikan di Pasir Gudang diarah tutup mulai Selasa
Jumlah itu membabitkan sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.
![Bencana Kim Kim: Tiga beradik di Terengganu alami simptom demam, muntah Bencana Kim Kim: Tiga beradik di Terengganu alami simptom demam, muntah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552834449_AzwanCheBaharudin.jpg)
Bencana Kim Kim: Tiga beradik di Terengganu alami simptom demam, muntah
Tiga beradik antara enam mangsa yang terpaksa bermalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom demam dan muntah.
![Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552461992_SUNGAIKIMKIM.jpg)
Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly
Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.
![Proses cuci bahan kimia dijangka ambil masa seminggu - MB Johor Proses cuci bahan kimia dijangka ambil masa seminggu - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552473803_SUNGAIKIMKIM.jpg)
Proses cuci bahan kimia dijangka ambil masa seminggu - MB Johor
Ia bagi memastikan tindakan neutralisasi diambil dalam mengurangkan kesan tercemar yang semakin serius.
![Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51530173438_DrMazleeMalik.jpg)
Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup
Pencemaran kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup
![Pencemaran bahan kimia: Lima lagi sekolah ditutup serta-merta Pencemaran bahan kimia: Lima lagi sekolah ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552377488_sungai.jpg)
Pencemaran bahan kimia: Lima lagi sekolah ditutup serta-merta
Lagi lima buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.