Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian menegaskan kerja-kerja mencuci bahan kimia yang tercemar di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan dijalankan malam ini.
Menurut beliau, ia bagi memastikan tindakan neutralisasi diambil dalam mengurangkan kesan tercemar yang semakin serius.
“Agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPM dan agensi jawatankuasa akan beroperasi 24 jam tanpa henti memantau dan memastikan pencemaran berada pada tahap kawalan telah diaktifkan.
“Ini untuk memastikan agar langkah segera dapat diambil, kita akan lakukan secepat mungkin kerana ini danger zone (zon bahaya),” kata Osman.
Beliau menjangkakan langkah mencuci bahan kimia di beberapa lokasi di Sungai Kim Kim itu akan mengambil masa seminggu.
Bagaimanapun ujarnya, ia bergantung kepada keadaan cuaca kerana jika keadaan hujan akan menyukarkan kerja-kerja terbabit dijalankan.
Dalam sidang media yang sama Osman mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga jaga dengan mengenakan topeng muka R-95.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media di Menara Arqabah pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana negeri berkenaan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim.
Fareez Azman
Wed Mar 13 2019

Osman menjangkakan langkah mencuci bahan kimia di beberapa lokasi di Sungai Kim Kim itu akan mengambil masa seminggu.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PRN Johor: Selepas 3 tahun, 'noda' Sungai Kim Kim masih tersisa
Peruntukan kecemasan RM6.4 juta dibelanjakan untuk tujuan pembersihan kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim yang tercemar.

PRN Johor: Mengenang bencana pencemaran Sungai Kim Kim
Sejarah pahit ini pasti dikenang oleh kebanyakan mangsa terutamanya mereka yang masih mengalami kesan sampingan akibat peristiwa tersebut.

Bencana Kim Kim: Kerajaan kaji pampasan pada penduduk terjejas
erajaan masih mengkaji jumlah pampasan yang akan diberikan kepada penduduk yang terjejas akibat kesan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Pengurusan bencana Sungai Kim Kim: Ibrah dan cadangan penambahbaikan
Pencemaran kimia Sungai Kim Kim telah menyebabkan situasi panik bukan hanya pada penduduk Pasir Gudang dan kawan sekitarnya, malahan menarik minat seluruh negara untuk mengikuti perkembangannya.

Bencana Kim Kim: Maszlee gembira guru, murid semakin pulih
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melahirkan rasa gembira selepas ramai guru dan murid yang menerima rawatan akibat bencana sisa kimia sudah menunjukkan perubahan positif dan semakin pulih.

Bencana Kim Kim: Sekolah di Pasir Gudang masih ditutup - Maszlee
Kementerian Pendidikan mengesahkan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor masih lagi ditutup susulan pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, 7 Mac lepas.

Bencana Kim Kim: Hati-hati, elak terkena hujan
Kes pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang tidak boleh disamakan dengan situasi jerebu, yang mana dalam kes pencemaran sisa toksik, orang awam memang disaran mengelak daripada terkena hujan pertama.

Bencana Kim Kim: Tiada tangkapan pelaku pembuangan sisa toksik
Polis masih belum membuat sebarang tangkapan ke atas mana-mana suspek berhubung pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Bencana Kim Kim: Kawasan tercemar sisa kimia dibersihkan
Selepas lebih seminggu bencana Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor menggemparkan negara, pihak berkuasa sedang berusaha untuk membersihkan pencemaran sisa bahan kimia

Bencana Kim Kim: Sampel kimia bantu kenalpasti dalang
Pencemaran bahan kimia tersebut dipercayai berpunca daripada kawasan perindustrian yang berhampiran dengan Sungai Kim Kim, dengan bilangan lebih 250 perindustrian.