Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan kepada semua penduduk Pasir Gudang terutamanya yang berada berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari untuk mengelak daripada radiasi bahan kimia disebar.
“Selepas gelombang keempat ini jangan ambil mudah kita boleh terhidu, boleh resap melalui kulit dan sangat bahaya.
“Orang awam dinasihatkan tidak melakukan aktiviti luar berhampiran Sungai Kim Kim, mandi dan basuh pakaian berasingan.
“Walaupun pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua,” katanya.
BACA: Bahana Sungai Kim Kim, tip elak jadi mangsa
BACA: Semua sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta-merta - Maszlee
Ujarnya, bahan kimia itu boleh terwap jika keadaan cuaca panas terik.
Lebih memburukkan keadaan, angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.
Justeru, langkah berjaga jaga termasuk sentiasa menutup pintu dan tingkat rumah perlu dititik beratkan.
Mengulas mengenai peniaga berada sekitar kawasan terjejas, Dr Dzulkefly menasihatkan makanan perlu sentiasa tertutup untuk memastikan ia tidak tercemar dengan bahan kimia.
Beliau turut berterima kasih kepada semua warga Kementerian Kesihatan dalam membantu mangsa sejak hari pertama kejadian Khamis lalu.
Dari sudut keanggotan ketika ini ujarnya berada dalam tahap terkawal dan mencukupi.
Dr Dzulkefly berkata demikian dalam sidang media sempena mesyuarat jawatankuasa bencana negeri Johor pada Rabu.
Fareez Azman
Wed Mar 13 2019

Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan. - Foto BERNAMA

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kes Ismai Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hi-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kep

Penahanan salah: Mahkamah Rayuan kekal ganti rugi RM300,000 kepada Khairuddin
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan susulan penahanan salah ahli politik itu.

MOT lanjut pemeriksaan Puspakom 30 hari awal sebelum tamat LKM - Loke
Kementerian Pengangkutan melanjutkan tempoh pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan sehingga 30 hari lebih awal sebelum tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM).
[TERKINI] Astro Audio sambut baik keputusan MCMC, iltizam kembalikan kepercayaan
Astro Audio menyambut baik keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra), yang merangkumi ERA, MIX FM dan MELODY FM.
AWANI Ringkas: MCMC putuskan tidak gantung lesen pengendali stesen Era FM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Audio sambut baik keputusan MCMC tidak gantung lesen radio
Astro Audio menyambut baik keputusan MCMC tidak menggantung lesen penyiaran radio Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra).

Pembaharuan program MM2H pacu ekonomi dengan pelaburan tahunan hampir RM1 bilion - IQI
Program visa Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kini menjana pelaburan hampir RM1 bilion setiap tahun sekali gus mempamerkan kejayaannya.

Jelajah Wanita MyWira inspirasi kaum Hawa untuk berkerjaya
Jelajah Wanita MyWira bertujuan memperluaskan peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya wanita di Selangor.

Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly
Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.