KOTA TINGGI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) sedang membangunkan sebuah makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta yang akan ditempatkan di ibu pejabat jabatan itu di Petaling Jaya, Selangor.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pembangunan makmal bergerak itu yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun hadapan, boleh digunakan untuk menyiasat kes-kes membabitkan pencemaran kimia yang memerlukan analisis segera.
"Untuk makmal bergerak ini, kos pembangunan adalah berjumlah RM10 juta...ia boleh menjadi keperluan terutama berkaitan pencemaran kimia.
"Jadi dengan adanya makmal bergerak, ia boleh digerakkan dengan serta-merta ke seluruh Semenanjung Malaysia.
"Dengan adanya pendekatan terbaharu ini oleh Jabatan Kimia Malaysia, ia akan banyak membantu sekali gus memastikan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program KIMIA ke Desa sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Kimia Negeri Johor di Dewan Serbaguna Kampung Semangar Dalam, Kota Tinggi di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Adham dalam masa sama berkata MOSTI juga sedang membangunkan dua unit bas makmal bergerak bernilai RM200,000 seunit, yang dijangka beroperasi awal tahun hadapan untuk ditempatkan di Johor Bahru, Johor dan juga Bintulu, Sarawak.
Beliau berkata satu daripada unit bas berkenaan diletakkan di Johor Bahru memandangkan daerah itu kerap berlaku kes pencemaran kimia manakala di Bintulu pula adalah kawasan perindustrian membabitkan minyak dan gas.
"Ia satu pendekatan baharu dan kejayaan di dua tempat ini, insya-Allah boleh diperluaskan ke tempat lain dan kita akan cuba meminta peruntukan daripada kerajaan untuk ditempatkan di setiap negeri pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022

Dr Adham berkata pembangunan makmal bergerak itu boleh digunakan untuk menyiasat kes-kes membabitkan pencemaran kimia yang memerlukan analisis segera. - Gambar/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.