KUALA LUMPUR: Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam bentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia. 


Ringkasan AI
  • Penjimatan Kos Perkhidmatan Perubatan: Projek MyGenom bertujuan untuk mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan dengan menyediakan rawatan yang lebih sesuai berdasarkan genetik populasi Malaysia. Pemahaman Variasi Genetik: Dengan memahami variasi genetik individu dari pelbagai kumpulan etnik, mutasi spesifik yang terlibat dalam penyakit genetik dapat dikenal pasti. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D): Projek ini juga berfungsi sebagai medium untuk penyelidikan dan pembangunan, serta menyediakan peluang untuk aplikasi perubatan jitu.


Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan berkata dengan memahami variasi genetik individu daripada pelbagai kumpulan etnik, mutasi bes spesifik yang terlibat dalam penyakit berkaitan genetik boleh dikenal pasti terutamanya penyakit tidak berjangkit.

“Kerajaan adakan usaha MyGenom ini sebagai projek untuk memahami (genomik populasi di Malaysia). (MyGenom) Ini juga dihasratkan menjadi medium penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping menyediakan peluang untuk mengurangkan kos (perkhidmatan kesihatan) kerajaan.

"Jika kita sebagai individu tahu maklumat genetik kita, di samping kerajaan dan penyedia perkhidmatan kesihatan juga faham serta ada akses kepada maklumat tersebut, maka lebih mudah menyediakan rawatan.

"Selain itu, maklumat ini boleh menyediakan maklumat mengenai alahan ubatan tertentu serta aplikasi perubatan jitu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.


MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi – TKSU MOSTI

Projek MyGenom adalah usaha untuk memahami variasi genetik rakyat Malaysia. Dalam Fasa Satu, sebanyak 2,400 genom akan dijujuk daripada individu-individu sihat di Malaysia dengan matlamat untuk mencapai sebanyak 10,000 genom pada Fasa Dua. 

Set data genom yang dihasilkan ini mencerminkan kepelbagaian populasi rakyat negara dan akan menjadi kunci kepada pelaksanaan perubatan jitu (precision medicine) di Malaysia.

Projek ini merupakan hasil kerjasama antara dua kementerian iaitu MOSTI dan Kementerian Kesihatan (KKM). Pasukan pelaksana projek terdiri daripada Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) daripada MOSTI dan Institut Kesihatan Negara (NIH) daripada KKM.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai projek ini boleh mendaftar dan mengisi slot janji temu yang dijadualkan atau hadir di salah satu tapak pengambilan peserta yang ditetapkan. Pendaftaran boleh dilakukan melalui borang dalam talian (klik sini)

Pada masa ini, pusat pengambilan peserta adalah seperti berikut:Pengambilan peserta di Sabah dan Sarawak dijangka akan dibuka dalam tahun 2025:
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pasukan MyGenom melalui alamat emel mygenom@moh.gov.my atau mygenom@nibm.my.


Agenda AWANI: Kenali MyGenom & memahami manfaat untuk rakyat Malaysia