Ringkasan AI
- Inovasi 4 Mix diumumkan sebagai pemenang pada minggu ketiga program INNOVATHON 2.
- Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.
- INNOVATHON musim kedua menampilkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang sebagai juri tetap.
Menerusi pembentangan Ir Ts Mohd Hafiz Shafie, inovasi tersebut mampu mengatasi masalah jalan raya berlubang.
Inovasi 4 Mix juga hanya mengambil masa sekitar lima minit untuk menurap jalan berlubang berbanding kaedah konvensional yang memerlukan masa 10 minit.
Selain itu, bancuhan campuran 4 Mix Miline Waste dibuat daripada bahan batu kelikir yang dibuang.
Kumpulan 4 Mix terdiri daripada Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya Bagan Datuk Perak.
Inovasi itu juga disifatkan praktikal kerana mudah untuk dibancuh dan tahan lama.
INNOVATHON merupakan sebuah program realiti TV berteraskan sains, teknologi, dan inovasi sebagai platform mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa.
INNOVATHON musim kedua menampilkan gandingan dua menteri kabinet iaitu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, dan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira.