Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata 12 lelaki dan enam wanita yang mengalami cedera ringan telah menerima rawatan di Hospital Kanowit.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.18 petang, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi.
"Setiba di lokasi didapati sebuah bas mengalami kemalangan kendiri...tiada mangsa yang tersepit di dalam ruang penumpang bas tersebut," katanya.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.
-- BERNAMA