IPOH: Bas yang membawa 40 orang penumpang termasuk pemandu didapati terbabas dan terbalik dipercayai disebabkan sebuah kereta hilang kawalan lalu memasuki lorong kiri di kilometer (km) 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun memandu kereta dari Kulim ke Ipoh.
Jelasnya, apabila sampai di lokasi kejadian, kereta yang dipandunya telah hilang kawalan dan memasuki laluan bas di lorong kiri, seterusnya melanggar bahagian sisi kanan belakang bas itu.
"Kemalangan berlaku sekitar jam 7.20 pagi pada Ahad, akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan sekali lagi melanggar bahagian hadapan kanan bas.
"Lalu mengakibatkan bas hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan.
"Susulan itu, seramai 39 mangsa iaitu penumpang bas berusia di antara 9 tahun hingga 80 tahun telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Klinik Greentown, Ipoh bagi rawatan lanjut.
"Seramai 21 orang mangsa yang cedera parah dan ringan kini dirawat di HRPB, manakala 20 lagi termasuk pemandu kereta dan bas tidak cedera," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa).
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Jong Pit Chiao, di talian 016-8849163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan, seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer (km) 264.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Aida Aziz
Sun May 12 2024

Bas yang membawa 40 orang penumpang termasuk pemandu didapati terbabas dan terbalik dipercayai disebabkan sebuah kereta hilang kawalan lalu memasuki lorong kiri di KM 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan, pada Ahad.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.