JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat, pada petang Sabtu.
Kemalangan itu berlaku berhampiran kampung Palasari di mukim Ciater kira-kira 6.45 petang waktu tempatan ketika bas yang membawa pelajar sekolah menengah itu pulang ke Depok dari Bandung selepas majlis perpisahan.
Jurucakap Polis Jawa Barat, Pesuruhjaya Jules Abraham Abast dalam satu kenyataan pada Ahad, menyatakan, identiti si mati masih belum disahkan manakala jumlah mangsa masih dikemas kini.
"Kami sedang menjalankan beberapa siri siasatan dan pengumpulan data di tempat kejadian," tambah Jules.
Media tempatan melaporkan antara 11 mangsa yang maut ialah seorang penunggang motosikal, seorang guru dan sembilan pelajar.
Mereka yang cedera mengalami kecederaan parah dan ringan dan dikejarkan ke hospital dan pusat kesihatan berhampiran untuk rawatan.
Ketua Agensi Pengangkutan Daerah Subang, Asep Setia Permana menjelaskan bahawa bas itu sepatutnya menuju ke Tol Cipali di Subang.
Namun, dia mengesyaki kegagalan brek mungkin menyebabkan hilang kawalan yang membawa kepada kemalangan tragis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
Kemalangan berlaku berhampiran kampung Palasari di mukim Ciater ketika bas yang membawa pelajar sekolah menengah itu pulang ke Depok dari Bandung. - Foto Bernama
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengintegrasikan teknologi blok rantau (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi serta siasatan bagi memerangi taktik jenayah rasuah yang semakin berkembang.
Cuaca baik di Bintulu, air beransur surut
Selepas 24 jam yang menggetirkan, situasi banjir di Bintulu setakat petang khamis menunjukkan keadaan sedikit reda.
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik
Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.
Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara
MOTAC menggantung sementara lesen syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Tiga penumpang cedera, bas ekspres terbalik
Tiga penumpang cedera manakala 34 yang lain termasuk seorang pemandu terselamat apabila bas mereka naiki terbalik di PLUS di Kluang, Johor.
12 maut, 7 cedera nahas bas terbalik di Indonesia
Insiden itu mengakibatkan keseluruhan lorong di susur keluar persimpangan Tol Cipali terhalang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.