LOS ANGELES: Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera akibat ditikam di Huntington Beach, sebuah bandar tepi laut di Selatan California pada 4 Julai, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Jumaat.
Pegawai polis menerima laporan berhubung kejadian pada 11:15 malam Khamis waktu tempatan, menurut Jabatan Polis Huntington Beach dalam satu kenyataan berita.
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
"Dua individu meninggal dunia akibat kecederaan mereka. Tiga individu lagi telah dihantar ke hospital tempatan," menurut jabatan polis.
Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan, menurut polis.
Menurut saksi, keganasan tercetus di kawasan perumahan Huntington Beach apabila seorang lelaki mula menikam orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai, lapor stesen televisyen KTLA.
Dua lelaki berjaya menangkap penyerang terbabit dan menahannya sehingga polis tiba, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan. - Foto AP
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Hampir seminggu hanyut, dua mangsa selamat kembali
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
Juruwang warga China maut ditikam
Tujuh individu yang merupakan rakan kerja mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan polis.
Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita sehingga parah
Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Lelaki mati ditikam di Singapura
Mangsa berusia 41 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah blok perumahan dan dibawa ke hospital.
Lelaki Pakistan maut ditikam
Kejadian berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta.
Dua pembunuh termuda di UK dipenjara seumur hidup, bunuh mangsa dengan parang
Dua pembunuh itu membunuh mangsa dengan ditikam di jantung dan mengalami patah tengkorak di padang permainan Stowlawn, Wolverhampton.
Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.