Matias Leu atau ML, 41, turut melarikan diri setelah melakukan perbuatan itu di hadapan dua anak mereka ketika kejadian di Gresik, Jawa Timur di Indonesia.
Dia bagaimanapun berjaya diberkas pihak berkuasa di tempat persembunyiannya di Demak, Jawa Tengah pada Khamis lalu.
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.
"Saya menyesal. Ia berlaku kerana isteri saya selingkuh," katanya sambil menangis.
Dia kini dinamakan sebagai suspek dan boleh dihukum penjara 15 tahun jika disabit bersalah.
Ketika kejadian pada 23 November lalu, ML bertemu isterinya, Magdalena Fallo di rumah saudara wanita itu di Desa Mojosarirejo, Kecamatan Driyorejo, Kabupaten Gresik.
Mereka turut bertengkar sebelum mangsa keluar dari rumah itu.
"Pelaku mengejarnya sambil membawa pemutar skru dan menikam mangsa. Wanita itu tetap berusaha melarikan diri dan ditusuk pula dengan pisau.
"Mangsa akhirnya tersungkur dan pelaku bertindak meninggalkan lokasi kejadian," ujar jurucakap pihak berkuasa.
Magdalena yang mempunyai sembilan kesan tikaman termasuk pada dada, perut dan wajahnya turut dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. - Sinar Harian memetik agensi