KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak membuat aduan mengenai penyelewengan yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia adalah berkaitan syak wasangka beliau terhadap bekas Perdana Menteri itu sendiri.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes Najib, 68, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Sri Ram: Ketika itu, mengapa anda tidak mengadu kepada Kementerian Kewangan dan Najib mengenai kekecewaan anda berkaitan apa yang telah berlaku dalam 1MDB?
Mohd Bakke: Perkara yang menghalang saya atau membuatkan saya tawar hati untuk berbuat demikian sebenarnya ialah membuat aduan mengenai PM.
Sri Ram kemudian menyifatkan tindakan itu "seolah-olah mengadu mengenai kehilangan biri-biri kepada serigala."
Mohd Bakke: Itulah sebabnya sejak awal pembabitan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, saya sudah berasa tidak selesa terutama apabila mendapat tahu bahawa pihak pengurusan (1MDB) sudah membahagi-bahagikan bayaran yang membabitkan pelaburan dalam dua entiti asing.
"Itulah yang menyebabkan saya meletak jawatan... ," kata saksi itu.
Katanya, Najib juga tidak pernah menyoal mengapa beliau meletak jawatan meskipun mereka kerap berjumpa selepas beliau meninggalkan 1MDB.
Sri Ram: Selepas anda meletak jawatan, adakah anda puas hati bahawa beliau (Najib) sedar anda telah meletak jawatan?
Mohd Bakke menjawab: "Najib tidak pernah tanya mengapa saya letak jawatan. Semuanya berjalan seperti biasa."
Mohd Bakke adalah Pengerusi 1MDB dari September 2009 hingga 19 Okt 2009 apabila beliau bertindak meletak jawatan sebagai tanda memprotes penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB membabitkan urus niaga sebanyak US$1 bilion.
Terdahulu, ketika disoal oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak tahu sama ada keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memperoleh manfaat daripada transaksi dana kekayaan negara itu.
Katanya, beliau hanya tahu mengenai perkara itu baru-baru ini melalui laporan media.
Wan Aizuddin: Tan Sri, adakah anda tahu setakat Januari 2022, Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia telah menyiasat Zeti, suaminya dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram?
Pada peringkat ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam bangun dan membantah atas alasan soalan itu tiada kaitan dengan saksi.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan soalan itu kerana ia bersifat umum.
Perbicaraan bersambung pada 7 Jun. - BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak membuat aduan mengenai penyelewengan yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia adalah berkaitan syak wasangka beliau terhadap bekas Perdana Menteri itu sendiri.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
[TERKINI] SPRM beku 20 akaun bank suami isteri pempengaruh, 2 individu
SPRM beku kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Ibu bapa ditahan dipercayai abai anak
Ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 13 tahun ditahan, selepas dipercayai mengabaikan anak.
KDN cadang guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, bergerak ke arah itu, kementerian kini sedang mengkaji untuk membangunkan dan melaksanakan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS).
Kecoh gara-gara perkataan 'Anti Islam'
RSN Rayer antaranya mendakwa Awang Solahuddin menyebut perkataan 'enam jahanan', dipercayai merujuk kepada bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
MP Pendang digantung 3 hari sebut 'Jelutong anti Islam'
Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor susulan keengganan Awang Solahuddin yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untk menarik kenyataan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 iaitu melibatkan status dan bidang kuasa di antara Mahkamah Syariah, harus dijadikan satu dokumen yang kukuh dan disepakati di antara negeri-negeri, mufti serta golongan ulama.
Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya akan memanggil warga emas yang berusia 70 tahun itu untuk siasatan lanjut.
Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri, tiga pengarah bebas
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, daripada semua pertuduhan melukakan perasaan dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.