SEPANG: Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini melalui pelaksanaan misi evakuasi.
Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di utara Myanmar, diterbangkan ke Malaysia menerusi penerbangan khas AirAsia dari Kunming, China yang turut membawa seorang warganegara Indonesia yang terkandas di Laukkaing.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata 121 orang yang kembali hari ini melalui misi itu adalah daripada 128 rakyat Malaysia yang terkini dikesan terkandas di Laukkaing ekoran perang saudara yang tercetus sejak hujung Oktober lepas.
"Tujuh lagi tidak dapat dibawa pulang ketika ini atas beberapa sebab, tetapi kerajaan akan mengikuti perkembangan semasa dan melakukan proses evakuasi (keluar) seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Menurut beliau dua orang telah meminta dikecualikan atau menarik diri untuk pulang sebelum proses dibawa keluar, seorang berada di luar kawasan sejauh 1,000 kilometer dari sempadan China, tiga lagi tidak berada di sempadan pada waktu ditetapkan manakala seorang lagi terkandas akibat ada rekod jenayah di China dan tidak dibenarkan masuk ke China.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming telah berjaya menyelaras misi tersebut dengan baik melalui sempadan negara Myanmar-China bermula pada pagi 30 Nov dengan kerjasama dan kelulusan dari negara terlibat.
Wisma Putra berkata tindakan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan dua Naib Premier China iaitu Liu Guozhong dan Ding Xuexiang semasa lawatan rasmi beliau ke China pada 16 Nov lepas.
Wisma Putra berkata kesemua warganegara Malaysia yang terkandas itu telah diberikan bantuan konsular dan logistik setelah memasuki sempadan negara China oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming termasuk penyelarasan penerbangan khas dari Lapangan Terbang Cangyuan Washan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata Kedutaan Malaysia di Yangon telah menghantar sekurang-kurangnya 10 nota diplomatik kepada kerajaan Myanmar untuk memohon bantuan dan kaedah untuk mengeluarkan warganegara Malaysia dari kawasan konflik.
"Kita juga telah bekerja rapat dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming kerana kawasan Kunming merupakan kawasan hampir untuk mereka dibawa keluar melalui sempadan Myanmar.
"Jadi kita telah dapat kerjasama baik dari Myanmar dan China bagaimana untuk melepasi sempadan itu dalam keadaan mereka tidak mempunyai dokumen lengkap tetapi kita dapat kerjasama baik berhubung kelulusan untuk melepasi sempadan," katanya.
Menurut Mohamad, sebahagian daripada 121 individu berkenaan dijadual memberi keterangan kepada pihak polis dan melalui beberapa proses perundangan manakala sebahagian lagi akan kembali ke pangkuan keluarga.
Data Wisma Putra menunjukkan daripada 121 orang tersebut, mangsa tertinggi adalah dari Sarawak berjumlah 54 orang, diikuti Perak 22; Kuala Lumpur (10) dan Pulau Pinang (lapan).
"Diingatkan agar warganegara kita lebih peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan khususnya di media sosial," kata Mohamad serta menambah Kementerian Luar akan meneruskan beberapa program untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya menerima tawaran pekerjaan tanpa pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pelbagai pihak bantu ringankan beban mangsa banjir di Sarawak
Selain NGO, beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat pagi ini
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di PPS.

Banjir termenung: Mangsa di Johor kekal 36 orang
Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah PPS pagi ini.

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya, mangsa di Johor kekal 36 orang
Di Pahang, PPS terakhir iaitu Balai Raya Kampung Baru Pertanian di daerah Maran ditutup 12.30 tengah hari tadi.

Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.

Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.

Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.

Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.

Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.

Banjir: Terengganu kembali pulih dengan semua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu.