Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 Nov lepas.
"Ini susulan petempatan mereka di Kampung Seberang Batu Badak masih digenangi banjir termenung.
"Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.36 meter (trend menurun)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Segamat, Kluang dan Tangkak dijangka cerah, sementara Muar, Mersing, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai pula diramalkan mendung pagi ini.
-- BERNAMA