Bagaimanapun, secara keseluruhannya, kemas kini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) maklumkan, jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu berbanding 10,398 awal pagi tadi.
Menurut portal itu, sebanyak 53 PPS masih dibuka di enam negeri.
Mangsa banjir di Kelantan menujukkan peningkatan kepada 6,842 orang daripada lebih 2,000 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.
Kedah rekodkan 3,015 mangsa daripada 914 keluarga yang berlindung di 15 PPS.
Johor pula rekodkan 509 mangsa daripada 149 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS yang masih dibuka.
Sementara Perak mencatatkan 126 mangsa banjir daripada 43 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.