Menurut kemas kini terkini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Perak mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS dalam daerah Manjung dan Perak Tengah.
Sementera di Terengganu mencatatkan 80 mangsa daripada 16 keluarga yang kini berteduh di dua buah PPS di Kemaman.
Di Johor, dua PPS dibuka yang menempatkan 85 mangsa daripada 26 keluarga dalam daerah Segamat.
Manakala, Pahang merekodkan 48 mangsa daripada 13 keluarga dan ditempatkan di 4 PPS dalam daerah Bera dan Temerloh.