PELAKON popular, Maya Karin tidak pernah terfikir soal mengejar populariti melalui usaha menyebar mesej positif berhubung isu alam sekitar.

Sebaliknya, kerja-kerja itu dilakukannya dengan ikhlas kerana keprihatinannya.

Dalam masa sama, pelakon filem Munafik 2 itu juga tidak pernah terlintas apa yang dilakukannya menjadi 'trending' di laman sosial.

"Saya mendapat respon yang sangat baik dari golongan muda, terutamanya di laman Twitter apabila saya berkongsi perkara baik mengenai kesedaran terhadap alam sekitar.

"Saya sendiri terkejut kerana apa yang saya buat selama ini bukanlah untuk meraih populariti seperti 'trending' di laman sosial dan sebagainya.

"Apa yang penting, kesedaran yang dapat disebarkan kepada semua. Saya berharap agar apa yang saya lakukan serba sedikit memberi impak positif terhadap semua pihak," kata Maya.

Mengulas mengenai Maya Karin River Challenge yang menjadi fenomena di laman sosial beberapa bulan lalu, artis berdarah kacukan Melayu - Jerman itu berkata, publisiti meluas itu juga tidak pernah dirancang.

"Saya tak ada 'plan' langsung! Saya sengaja memuat naik foto itu di laman sosial kerana ia memaparkan keindahan sungai kita. Selepas itu, ada peminat yang meniru aksi saya dan menghantarkannya di laman Twitter.

"Saya memuat naik foto terbabit dan akhirnya, ia menjadi ikutan ramai pihak. Saya terkejut kerana saya saya langsung tidak berniat untuk menjadikan ia trending di laman sosial," katanya lagi.


Alhamdulillah Press Conference yang diadakan siang tadi berjalan dengan lancar dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada @maya_karin, @therealfafau, @andibernadee dan Adam kerana telah sudi menyertai YOKUK Karnival 2019 dan juga pertandingan Wheel with Me pada July nanti. Mereka dah daftar, how about you? Untuk berdaftar, sila layari www.bit.ly/wheelwithme. Jangan terlambat dan jumpa di sana! . . #myyokuk #YOKUKKarnival2019

A post shared by YOKUK (@myyokuk) on


Maya ditemui di sidang media YOKUK20 Karnival 2019 anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang diadakan baru-baru ini.

Bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Julai ini, Maya bersama dua selebriti lain, Fara Fauzana dan Andi Bernadee akan menyertai perlumbaan kerusi roda 'Wheel With Me' sempena penganjuran karnival terbabit.