Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara, menjadikannya "risiko kesihatan alam sekitar terbesar di Eropah", menurut kenyataan EU.
Had baharu akan dikenakan kepada bahan zarah PM10 dan PM2.5, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida, yang diketahui menyebabkan masalah pernafasan.
Rakyat akan berhak mendapat pampasan jika mereka jatuh sakit kerana tidak mematuhi nilai had, kata kenyataan itu.
Negara EU bagaimanapun, boleh meminta tarikh akhir 2030 ditangguhkan di bawah syarat tertentu.
Had EU baharu adalah berdasarkan perjanjian antara wakil dari Parlimen Eropah dan negara anggota yang dicapai pada Februari.
Negara EU mempunyai dua tahun untuk menerima pakai undang-undang negara untuk melaksanakan ambang baharu dalam 27 anggota blok itu. Negara yang gagal mematuhi had boleh didenda.
Peraturan baharu itu bertujuan untuk menetapkan hala tuju bagi pelan tindakan Suruhanjaya Eropah untuk sifar bahan pencemar dalam udara, air dan tanah menjelang 2050.
-- BERNAMA