SHAH ALAM : Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari di sini pada Selasa, menasihati Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil berdamai.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Farid berkata demikian ketika ditemui media, selepas prosiding sebutan kes perceraian pasangan pelakon itu di hadapan Hakim syarie, Shukran Yusof.
Susulan itu, Fakhrul Azman yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, berkata, mahkamah memerintahkan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dilantik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu.
Menurutnya, hakim menyatakan, "benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan).
“Proses JKP akan diadakan di pejabat agama Islam di Shah Alam, namun tarikhnya proses itu akan ditentukan kemudian.
“Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Mei depan untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit,” katanya.
BACA: Ada orang ketiga dalam hidup Diana Danielle, dakwa Farid Kamil
BACA: "Itu semua fitnah..." - Diana Danielle nafi berlaku curang
Dalam prosiding ini, Farid yang juga pelakon Lagenda Budak Setan telah melantik kakaknya sebagai wakil JKP manakala pengurus bagi pihak Diana Danielle Danny Beeson, 32.
Seterusnya beliau berkata, proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) akan dibuat dan hanya mahkamah akan menentukannya.
Hakam adalah satu kaedah yang berlandaskan hukum syarak yang diberi kuasa dalam memutuskan sama ada pertikaian akan diselesaikan dengan cara perdamaian atau perceraian.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle berkata, keputusan JKP hanya dapat diputuskan selepas menerima laporan perbincangan berkenaan.
Menurutnya, tidak adil untuk kedua-dua pihak sekiranya kita membuat spekulasi.
“Rintangan pertama ialah JKP, selepas itu hakam mahkamah jadi kita kena tunggu, keputusannya akan diketahui hujung bulan depan,” katanya.
Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan mereka difahamkan tidak lagi tinggal serumah.
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023
![Mahkamah nasihat Diana Danielle, Farid Kamil berdamai Mahkamah nasihat Diana Danielle, Farid Kamil berdamai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679978070_FaridKamilDianaD.jpg)
Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737435121_FaridKamil.jpg)
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
!['Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera 'Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734324940_DianaDanielleFari.jpg)
'Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera
'Tindakan Farid amat memualkan, tidak berpijak di bumi nyata. Dia berangan, tiada apa untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang tapi dia gagal'
![Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734322448_DianaDanielleFari.jpg)
Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur
![Masih suami Isteri: Ini bukan momen gembira untuk sesiapa - Diana Danielle Masih suami Isteri: Ini bukan momen gembira untuk sesiapa - Diana Danielle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732081546_TBDianaDanielle.jpg)
Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.
![Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732079750_tbFaridKamil.jpg)
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
![Doakan segalanya dipermudahkan - Diana Danielle, Farid Kamil Doakan segalanya dipermudahkan - Diana Danielle, Farid Kamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732070010_DianaDanielleFari.jpg)
"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.
![Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730689170_DianaDanielleFari.jpg)
Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.
![Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730685252_DianaDaniellefail.jpg)
Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."
!['Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle 'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730680588_DianaDanielleFari.jpg)
'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."
![Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik... Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730349875_TBFaridKamil.jpg)
Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...
Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.